Lebih separuh syarikat berdaftar dengan SSM tidak aktif

Armizan (tengah) menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian SAMCC di Menara Assm di sini pada Rabu.
Armizan (tengah) menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian SAMCC di Menara Assm di sini pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih separuh daripada 1.5 juta syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ketika ini didapati tidak aktif.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, daripada jumlah keseluruhan itu hanya lebih 600,000 syarikat sahaja didapati aktif menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing.

"Keseluruhan pendaftaran syarikat di bawah SSM setakat dikemas kini pada 24 Februari 2024, kita sebanyak 1.5 juta tapi yang aktif hanya 670, 656," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pusat panggilan SSM berwajah baharu dikenali sebagai SSM Customer Care (SSMCC) di Menara SSM, di sini pada Rabu.

Sementara itu, ditanya sama ada pihaknya mempunyai rekod syarikat yang menjalankan aktiviti tetapi tidak berdaftar dengan SSM, Armizan menjelaskan pihaknya tidak mempunyai statistik tersebut.

Ini kerana katanya, SSM hanya memiliki rekod syarikat yang berdaftar sahaja.

"Bagaimanapun saya menasihatkan supaya pemilik syarikat mengambil tanggungjawab dengan mendaftar dengan SSM bagi membolehkan bantuan yang disediakan kerajaan dapat disalurkan dengan sebaiknya," katanya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai pusat panggilan SSM berwajah baharu yang turut dikenali sebagai SSMCC Armizan berkata, penjenamaan semula itu bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.

Artikel Berkaitan:

"Antara penambahbaikan yang dilaksanakan melalui SSMCC ialah bagi menggantikan borang pertanyaan dan aduan pelanggan sedia ada kepada platform baharu yang dikenali sebagai Webform, memperkenalkan. SSM Chatbot yanh boleh diakses oleh pelanggan 24 jam serta platform Live Chat SSM.

"Bagi memudahkan pelanggan akses maklumat komprehensif, SSM juga memperkenalkan Knowledge Hub iaitu hab yang menyimpan maklumat terkini berkaitan perundangan, produk dan perkhidmatan," katanya.