Hantar pulang tahanan warga Thailand ke negara asal

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan menghantar pulang 49 tahanan warga Thailand ke negara asal pada Rabu.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan menghantar pulang 49 tahanan warga Thailand ke negara asal pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan menghantar pulang 49 tahanan warga Thailand ke negara asal pada Rabu.

Kesemua tahanan itu sebelum ini ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah (DITM).

Mohd Faizal Shamsudin
Mohd Faizal Shamsudin

Pengarahnya, Mohd Faizal Shamsudin berkata, pemindahan tersebut melibatkan empat perempuan dan 45 lelaki yang berusia lingkungan 19 hingga 53 tahun.

"Kesemua tahanan dihantar pulang ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kesemua tahanan itu sebelum ini ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah (DITM).
Kesemua tahanan itu sebelum ini ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah (DITM).

Menurut beliau, kesemua tahanan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: