Sila log masuk terlebih dahulu.

Sindiket warga Pakistan, India palsukan cop Imigresen tumpas

A
A
A

BERITA SEMASA 27 MAC 2024

Sindiket pemalsuan cop Jabatan Imigresen yang didalangi dua lelaki warga Pakistan dan India yang aktif sejak dua tahun lalu, berjaya ditumpaskan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan dalam serbuan Ops Serkap di Bangunan Sultan Iskandar, pada jam 6 petang.

Jelasnya, kedua suspek berusia 30 dan 35 tahun menyasarkan warga asing yang mempunyai masalah untuk memperbaharui permit kerja dan pas lawatan sosial.

Menurut beliau, sidiket tersebut didalangi warga asing tanpa penglibatan warga tempatan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/656838/berita/semasa/sindiket-warga-pakistan-india-palsukan-cop-imigresen-tumpas

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #sindiketpalsukancopimigresen