22 syarikat buka kaunter tawaran kerja di kilang Goodyear

V Papparaidu (empat dari kanan) bersama wakil Goodyear Shah Alam.
V Papparaidu (empat dari kanan) bersama wakil Goodyear Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 22 syarikat tempatan akan membuka kaunter tawaran kerja kosong di kilang Goodyear Malaysia Berhad (Goodyear) di sini untuk proses pemilihan pekerja baharu.

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, V Papparaidu berkata, pekerja Goodyear yang bakal kehilangan pekerjaan susulan penutupan kilang di Shah Alam, akan diberi tawaran kerja baharu berdasarkan pengalaman mereka.

"Dalam usaha mengatasi isu ini, sebanyak 22 syarikat tempatan yang memerlukan pekerja ini akan membuka kaunter mencari pekerja baharu di kilang Goodyear pada 22 hingga 26 April depan," katanya.

V Papparaidu memaklumkan perkara itu susulan lawatan dan perbincangan beliau bersama wakil Goodyear Shah Alam di sini pada Selasa.

Turut menyertai perbincangan tersebut adalah wakil Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) dan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Selangor, Ismail Abi Hashim.

V Papparaidu (kanan) mengadakan perbincangan bersama wakil Goodyear Shah Alam pada Selasa.
V Papparaidu (kanan) mengadakan perbincangan bersama wakil Goodyear Shah Alam pada Selasa.

Pada 7 Mac lalu, syarikat pengeluar tayar global, Goodyear membuat keputusan untuk menutup operasi kemudahannya di Shah Alam sekali gus memberi kesan kepada lebih kurang 550 kakitangannya.

Presiden Goodyear bagi Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dilaporkan berkata, langkah itu adalah seiring dengan program transformasi kumpulan, Goodyear Forward dalam mengoptimumkan portfolio dan kehadirannya di peringkat global.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, ia juga membantu memberi pertambahan keuntungan dan meningkatkan nilai untuk pemegang saham.

Program itu katanya, termasuk tindakan khusus untuk memberikan pengurangan kos tahunan sebanyak AS$1.0 bilion menjelang 2025, memastikan kumpulan kekal berdaya saing dan menjadi peneraju industri.

Dalam pada itu, Papparaidu memaklumkan, beliau turut membincangkan mengenai rancangan syarikat Goodyear bagi 550 pekerja yang akan kehilangan pekerjaan bermula 30 Jun depan.

"Pihak PERKESO Selangor juga telah memberi bantuan kepada pekerja ini di mana tiada yang akan terjejas akibat kehilangan pekerjaan dengan MyFutureJobs dan Orang

Berinsurans (OB) akan dipadankan dengan kekosongan jawatan yang bersesuaian," tambahnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28