Kes antun seksual: Polis ambil keterangan pengetua sekolah

Mohd Kamarudin Md Din
Mohd Kamarudin Md Din
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis hari ini mengambil keterangan tiga individu termasuk pengetua yang didakwa terlibat dalam kes perlakuan antun seksual membabitkan pelajar sekolah di negeri ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata setakat malam ini, sebanyak tiga rakaman percakapan telah direkodkan melibatkan pengetua terbabit serta dua saksi.

“Siasatan akan diteruskan dengan merakam percakapan beberapa saksi lain dan bahan bukti akan dihantar ke Makmal Forensik untuk dianalisis,” katanya ketika dihubungi Bernama sebentar tadi.

Mohd Kamarudin berkata, satu laporan polis juga telah dibuat pada Selasa lepas dan setakat ini pihaknya menerima satu laporan melibatkan pengetua berkenaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Mohd Kamarudin berkata demikian ketika ditanya sama ada laporan polis telah dibuat ke atas pengetua sekolah menengah itu dan diambil keterangannya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dilaporkan berkata pengetua berkenaan telah “dikeluarkan” daripada sekolah berkenaan dan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah sementara siasatan dijalankan oleh pihak kementerian.

Katanya, tindakan itu adalah bertujuan untuk memastikan suspek tidak mengganggu mangsa atau pelajar ketika siasatan sedang dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Tiga hari lepas, tular dalam media sosial mengenai dakwaan seorang pengetua sekolah menengah yang mendapat anugerah pengetua cemerlang, menghantar mesej-mesej berunsur lucah kepada pelajar sekolah, sehingga mewujudkan kebimbangan dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN Pengetua terlibat kes antun seksual dipindahkan ke PPD