Pengetua terlibat kes antun seksual dipindahkan ke PPD

Nie Ching
Nie Ching
A
A
A

KULAI - Seorang pengetua yang didakwa terlibat kes antun seksual baru-baru ini sudah dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, langkah berkenaan diambil bagi memastikan keselamatan mangsa dan pelajar lain tidak diganggu sepanjang tempoh siasatan dijalankan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

"Saya tegaskan di sini Kementerian Pendidikan memandang serius kes ini. Sekolah perlu dipastikan selamat untuk anak- anak.

"Sesiapa sahaja yang ada maklumat bukan sahaja kes ini tetapi juga kes lain perlu tampil ke hadapan kerana tidak mahu ia berulang," katanya selepas Program SWM Kasih Back To School Wilayah Johor Selatan di Sekolah ( SK) Kebangsaan Murni Jaya di sini hari ini.

Nie Ching ( belakang) bersama Program SWM Kasih Back To School Wilayah Johor Selatan di Sekolah ( SK) Kebangsaan Murni Jaya di sini hari ini.
Nie Ching ( belakang) bersama Program SWM Kasih Back To School Wilayah Johor Selatan di Sekolah ( SK) Kebangsaan Murni Jaya di sini hari ini.

Hadir sama Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi, Pengarah Eksekutif SWM Environment Dr Uzir Abdul Malik dan Guru Besar SK Murni Jaya, Hanapiah Bahal.

Pada 9 Januari lalu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri ( JPN) Johor Azman Adnan berkata, pihaknya sedang menyiasat dakwaan berhubung seorang pengetua yang didakwa menghantar mesej berunsur lucah yang tular di media sosial.

Pengetua yang dikatakan menerima anugerah pengetua cemerlang itu turut didakwa terlibat dalam aktiviti antun seksual dengan pelajar lelaki.

Artikel Berkaitan: