IPPTAR beri pendedahan etika, protokal dan teknikal kepada jurufoto

Peserta dan tenaga pengajar sesi latihan jurufoto “Train The Photographer” bergambar selepas program itu berakhir di IPPTAR baru-baru ini.
Peserta dan tenaga pengajar sesi latihan jurufoto “Train The Photographer” bergambar selepas program itu berakhir di IPPTAR baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aspek etika, protokol dan tenikal kepada jurufoto wajar dititikberatkan agar mampu menjadikan mereka lebih berdaya saing serta melahirkan tenaga kreatif dalam bidang tersebut ke tahap profesional di peringkat global.

Menurut Koordinator Latihan, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Roziah Abu, ketiga-tiga elemen tersebut menjadi fokus kepada beliau dalam menyelaras dan menganjurkan latihan yang bertajuk “Train The Photographer” yang berlangsung di IPPTAR baru-baru ini.

ROZIAH
ROZIAH

“Seramai 20 jurufoto yang merupakan penjawat awam dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan menghadiri kursus selama tiga hari ini. Mereka didedahkan secara teori dan amali oleh tenaga pengajar yang juga merupakan jurufoto profesional serta pegawai dari Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Jurufoto perkhidmatan awam dilihat sebagai pegawai yang bertanggungjawab untuk memberi liputan kepada program-program rasmi dan tidak rasmi kerajaan. Mereka perlu dilengkapi dengan ilmu berkaitan bagaimana melaksanakan kerja-kerja fotografi sepanjang membuat liputan rasmi dan tidak rasmi kerajaan.

“Oleh itu, latihan ini bertujuan untuk memperkasa pengetahuan mereka dalam aspek etika dan protokol menerusi kemahiran komunikasi untuk membuat liputan rasmi program kerajaan secara teori dan amali bagi melahirkan jurufoto perkhidmatan awam yang kompeten,” katanya.

Antara panel dan tenaga pengajar yang menjayakan sesi latihan tersebut ialah dua Ketua Penolong Setiausaha BIUPA-JPM, Mohd Hanafiah Moktar dan Ahmad Mokthar Shahul Hamid yang memberi pendedahan aspek etika dan protokol.

Manakala aspek teknikal dan kreativiti fotografi pula, dua jurufoto profesional dijemput berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka iaitu Redzuan Md. Salleh (Ketua Jurufografi, Jabatan Penerangan) dan bekas jurufoto Reuters, Zainal Abd. Halim.

Artikel Berkaitan:

AHMAD MOKHTAR
AHMAD MOKHTAR

Menurut Ahmad Mokthar Shahul Hamid, adalah amat penting jurufoto jabatan kerajaan menguasai pengetahuan melibatkan etika dan protokol di lokasi program rasmi dan tidak rasmi kerajaan, lebih-lebih lagi kemahiran berkomunikasi dalam melaksanakan tugasan dan liputan rasmi kerajaan

“Setiap tugasan, mereka mempunyai keperluan dan khalayak yang berbeza. Pergerakan jurufoto perlu minima tetapi tidak bermakna mereka boleh terleka dan terlepas momen-momen penting yang perlu dirakam melalui lensa masing-masing.

“Jurufoto perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam etika dan protokol serta bijak berkomunikasi ketika menjalankan tugas, terutamanya di majlis rasmi kerajaan. Elemen ini penting agar mereka dapat melaksanakan tugasan dengan lancar, kemas dan tersusun,” jelas beliau.

Bagi jurufoto Reuters yang kini merupakan jurufoto bebas, Zainal Abd. Halim beliau menegaskan pengetahuan teknikal dalam fotografi semata-mata tidak menjamin seseorang jurufoto mampu menjadi jurufoto yang baik atau profesional.

ZAINAL
ZAINAL

“Pengalaman selama lebih 20 tahun di pelbagai lapangan seperti liputan mengenai peperangan-kekacauan politik di pelbagai negara seperti Afghanistan, East Timor (Timor Leste), Sri Lanka (Tamil Eelam), pembunuhan Benazir Bhutto di Pakistan, kejadian rusuhan di Manila dan liputan sukan antarabangsa membolehkan saya mengambil kira pelbagai aspek perancangan, keselamatan dan kreativiti bersatu agar lensa kamera saya dapat merakam momen-momen penting.

”Bukan mudah merakam gambar dalam keadaan yang sangat bahaya, genting dan subjek yang tidak dirancang. Ada ketikanya, saya memperjudikan nyawa dan melaksanakan tugas dalam keadaan dan masa yang sangat terhad,” jelas Zainal yang merupakan antara beberapa orang jurufoto profesional Malaysia yang mendapat pengiktirafan sebagai jurufoto profesional di peringkat antarabangsa.

Bagi salah seorang peserta “Train The Photographer” ini, Nurul Makmun Mukiya (Jurufoto Kementerian Kewangan) menyatakan kursus dan latihan ini sangat bermanfaat bagi meningkatkan kualiti kerja dan gambar yang diambil menepati keperluan di organisasi tempat beliau berkhidmat.

“Walaupun saya telah bekerja dalam bidang ini lebih daripada 13 tahun, masih banyak elemen teknikal, etika dan protokol yang masih saya belum kuasai dengan baik.

NURUL MAKMUN
NURUL MAKMUN

Latihan yang dianjurkan oleh IPPTAR ini wajar diadakan dengan lebih konsisten agar ramai jurufoto dan mereka yang berminat dalam bidang fotografi mendapat pendedahan dan manfaatnya,” ujarnya.

Untuk rekod IPPTAR merupakan institut yang menawarkan pelbagai kursus dan latihan profesional kepada penjawat awam dan korporat pada tahun 1971.