AS perlu atasi Israel untuk patuhi gencatan senjata - PM Anwar

Anwar
Anwar
A
A
A

PUTRAJAYA - Amerika Syarikat (AS) perlu mengatasi sekutunya, Israel untuk menghormati masyarakat antarabangsa dengan mematuhi gencatan senjata dan membenarkan bantuan kecemasan masuk ke Gaza secara besar-besaran.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penderitaan rakyat Palestin yang diserang rejim Zionis sejak enam bulan lalu perlu hentikan.

"Bagi pihak Kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat, saya nyatakan dalam istilah yang paling kukuh, sokongan kami untuk Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Resolusi Majlis 2728 menggesa gencatan senjata segera bagi semua peperangan di Gaza, pembebasan segera semua tebusan serta-merta selain penghantaran bantuan dipercepatkan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Ujar Anwar, resolusi yang mengikat itu perlu dikuatkuasakan segera dengan mengambil kira kemuliaan Ramadan yang bertujuan melahirkan renungan dan pembaharuan iman serta kembali kepada keluarga.

"Malaysia kekal komited kepada perjuangan Palestin dan akan diteruskan usaha untuk penubuhan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat Palestin, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai sempadannya serta kemasukan Palestin sebagai ahli penuh PBB," jelasnya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap keputusan sebulat suara Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang mengundi untuk melaksanakan gencatan senjata di wilayah terkepung itu.

AS yang sebelum ini berulang kali menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi yang bertujuan memberi tekanan kepada sekutu kuatnya, Israel akhirnya mengambil pendirian berkecuali manakala 14 negara anggota tetap UNSC sepakat menyokong draf tersebut.

Pada Isnin, buat pertama kali sejak Perang Gaza tercetus lebih lima bulan lalu, Majlis Keselamatan PBB akhirnya sebulat suara mengundi untuk melaksanakan gencatan senjata di wilayah terkepung itu.

Artikel Berkaitan:

AS yang sebelum ini berulang kali menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi yang bertujuan memberi tekanan kepada sekutu kuatnya, Israel akhirnya mengambil pendirian berkecuali, manakala 14 negara anggota tetap Majlis Keselamatan itu sepakat menyokong draf tersebut.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28