Warga kemboja lemas tiada kaitan serangan buaya

Seorang lelaki warga Kemboja yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan bersama dua rakan di Sungai Mati, Tanjung Putus, Bukit Rangin dekat sini pada malam Sabtu ditemui lemas pada Ahad. Gambar kecil: Wan Mohd Zahari
Seorang lelaki warga Kemboja yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan bersama dua rakan di Sungai Mati, Tanjung Putus, Bukit Rangin dekat sini pada malam Sabtu ditemui lemas pada Ahad. Gambar kecil: Wan Mohd Zahari
A
A
A

KUANTAN - Mayat seorang warga kemboja yang ditemukan lemas dengan kesan luka pada anggota badannya di tebing Sungai Mati, Tanjung Putus, pada Ahad didakwa tiada kaitan dengan serangan buaya.

Mayat Sary Tolos, 26, seorang mekanik di Indera Mahkota ditemukan kira-kira 300 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang pada jam 8 malam, Sabtu lalu.

Mangsa bersama dua lagi rakan dikatakan ke sungai berkenaan untuk menjala ikan sebelum dikatakan diserang buaya ketika masuk ke dalam sungai kerana pukat tersangkut.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, hasil bedah siasat mendedahkan lemas sebagai punca kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Wan Mohd Zahari (tengah) bersama pengamal media yang menerima sijil penghargaan pada sambutan Hari Polis ke-217 peringkat daerah Kuantan di Indera Mahkota, pada Isnin.
Wan Mohd Zahari (tengah) bersama pengamal media yang menerima sijil penghargaan pada sambutan Hari Polis ke-217 peringkat daerah Kuantan di Indera Mahkota, pada Isnin.

Beliau turut mengesahkan terdapat kesan gigitan haiwan liar pada badan mangsa, namun masih menunggu laporan bedah siasat lengkap bagi menentukan punca sebenar kesan kecederaan tersebut.

“Berdasarkan siasatan awal dan kecederaan dialami mangsa, kalau hendak kata dibaham buaya, tiada kesan pergelutan sebelum si mati lemas.

"Luka pada badan itu merupakan kesan daripada gigitan haiwan liar. Kita tidak tahu, gigitan haiwan apa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas sambutan Hari Polis ke-217 peringkat daerah Kuantan di Indera Mahkota, pada Isnin.

Wan Mohd Zahari memberitahu ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan, pasukan penyelamat turut menemui kelibat buaya di kawasan berkenaan.

“Yang tular sebelum ini mengatakan gigitan buaya kerana kawasan tersebut merupakan habitat buaya di Kuantan.

“Badan mangsa sempurna, anggota badan lengkap semua, mayat ditemui di darat. (Bila) air semakin surut, mayat terdampar di daratan, (dan) berkemungkinan luka akibat gigitan haiwan liar,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengesahkan sungai itu menjadi habitat buaya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!