Tiada wabak influenza di Kedah

Ismail (empat dari kanan) ketika hadir ke Majlis Penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Paip Alternatif 2019 di Kampung Singkir Laut hari ini.
Ismail (empat dari kanan) ketika hadir ke Majlis Penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Paip Alternatif 2019 di Kampung Singkir Laut hari ini.
A
A
A

YAN - Tiada kes membimbangkan di Kedah membabitkan influenza namun penjagaan dan kesedaran kesihatan harus dipantau sepanjang masa, kata Exco Kesihatan, Datuk Dr Ismail Salleh.

Menurutnya, notifikasi berhubung kes berkenaan akan dimaklumkan sekiranya ia menjadi wabak dalam kalangan masyarakat, bagaimanapun setakat ini, tiada wabak dilaporkan di negeri ini.

“Tak serius tetapi penjagaan perlu diambil sepanjang masa. Kita menasihati masyarakat berjaga-jaga sekiranya dijangkiti batuk, demam dan selesema kerana jangkitan diperoleh melalui udara.

"Kalau ada batuk atau selesema, elakkan ke tempat tumpuan ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Paip Alternatif 2019 di Kampung Singkir Laut hari ini.

Menurut Ismail, antara langkah pencegahan yang perlu diberi perhatian termasuk mengelakkan berada di lokasi tumpuan ramai bagi yang berisiko, mengelakkan berada berdekatan pesakit berisiko dan meningkatkan tahap kebersihan seperti tutup mulut ketika bersin dan cuci tangan selalu.

Artikel Berkaitan: