Maqali, menu ringkas pelarian Syria ketika Ramadan

Bayan menyediakan hidangan itu di ruang memasak terbuka berhampiran khemah keluarganya. Foto Agensi
Bayan menyediakan hidangan itu di ruang memasak terbuka berhampiran khemah keluarganya. Foto Agensi
A
A
A

IDLIB - Bayan al-Jassem, 32, yang tinggal di sebuah kem pelarian di Syria sejak lima tahun lalu mendapat idea pada saat akhir untuk menyediakan 'maqali' sebagai juadah berbuka puasa.

Menurutnya, menu tersebut merupakan hidangan yang ringkas, sesuai dengan namanya yang bermaksud 'makanan bergoreng' mudah disediakan dengan kos yang amat murah.

"Kami sekeluarga gemarkan sayur goreng," kata ibu kepada lima anak itu yang menggunakan beberapa bahan termasuk kentang, kubis bunga dan terung.

Jelasnya lagi, dia hanya menggunakan bahan asas dan tidak mempunyai wang untuk membeli sos berikutan mereka sekeluarga senasib dengan ribuan pelarian lain yang hidup dalam kemiskinan akibat konflik tiada kesudahan di Syria.

Oleh itu, wanita tersebut hanya untuk menaburkan sedikit garam sebagai perasa 'maqali' yang dihidangkan bersama potongan salad.

Hidangan mudah iftar itu sememangnya dapat menggembirakan dan mengisi perut golongan pelarian di Damsyik.

Perang saudara yang berlarutan selama 13 tahun telah menyebabkan lonjakan harga makanan kepada lebih dua kali ganda yang menyaksikan keluarga dengan pendapatan rendah hanya mampu mendapatkan satu perlima daripada keperluan mereka.

Program Makanan Sedunia (WFP), menganggarkan kira-kira 12.9 juta pelarian Syria berdepan kekurangan bekalan makanan iaitu lebih separuh daripada 23.4 juta populasi di negara bergolak tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28