Kartel dadah: 14 tertuduh Geng Upik termasuk Datuk mengaku tidak bersalah

Tertuduh yang didakwa menganggotai Geng Upik dibawa ke Mahkamah Kota Kinabalu pada Jumaat
Tertuduh yang didakwa menganggotai Geng Upik dibawa ke Mahkamah Kota Kinabalu pada Jumaat
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 14 tertuduh termasuk seorang bergelar Datuk yang didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat.

Setiap tertuduh didakwa di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum seksyen yang sama.

Kes kesemua tertuduh sebelum itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen untuk dibacakan pertuduhan menerusi prosiding di Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ismail Ibrahim.

Setiap tertuduh didakwa di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum seksyen yang sama.
Setiap tertuduh didakwa di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum seksyen yang sama.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula bagi serahan dokumen bermula 27 Mac ini diikuti 2 April, 4 April, 8 April dan 17 April depan.

Empat tertuduh iaitu Datuk Maslan Sani, 41; Fazrul Bahar,32; Norsyafilah Pawawoi, 28, dan Rahman Bujirin, 44, akan dipanggil untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi 1 Kota Kinabalu pada 27 Mac ini.

Bagi tarikh 2 April pula, seramai dua tertuduh, iaitu Mohd Faridzul Asmahadi, 31 dan Mohd Fikrie Asme, 28 dipanggil untuk sebutan semula di Mahkamah Tinggi 5, diikuti dua lagi tertuduh pada 4 April depan iaitu Nelson Yen Yee Chung, 46 dan Alkan Abraham, 35 di Mahkamah Tinggi 4.

Sementara itu, empat lagi tertuduh akan dipanggil untuk sebutan semula di Mahkamah Tinggi 2 pada 8 April depan iaitu Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Mahathir Jibarail, 49; Zulkahar Dusing, 29 dan Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45.

Artikel Berkaitan:

Baki dua lagi tertuduh iaitu Mohd Fauzie Rablin, 33 dan Mazlan Mahmud, 41 dipanggil untuk sebutan semula di Mahkamah Tinggi 3 pada 17 April depan.

Prosising dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ainaa Ridzwan, Lina Hanini Ismail dan Siti Hajah Mat Radzi manakala tertuduh diwakili peguam masing-masing kecuali Zulkahar, Mohd Fikrie dan Rahman tidak diwakili peguam.

Hakim turut membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya untuk semua tertuduh dilanjutkan tahanan reman.

Sebelum itu, pada prosiding hari yang sama, seorang tertuduh baharu iaitu Mohd Fikrie didakwa di Mahkamah Sesyen sekali gus menjadikan seramai 14 tertuduh dalam kes terbabit.

Mohd Fikrie sedang menjalani tahanan berkaitan dadah di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor, selama tiga tahun sejak 9 Disember 2023.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!