Bekalan air Wilayah Klang pulih sepenuhnya

 Abdul Halem
Abdul Halem
A
A
A

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air sementara berlaku di Wilayah Klang berikutan masalah bekalan kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1, 2 dan 3 yang berlaku semalam, pulih sepenuhnya hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Halem Mat Som berkata, pemantauan pada sistem agihan mendapati bekalan air di kawasan berkenaan pulih pada jam 7 pagi tadi.

Bagaimanapun menurutnya, bekalan air di Bukit Kerayong, Wilayah Kuala Selangor masih dalam proses pemulihan disebabkan kedudukan di penghujung kawasan agihan.

"Kawasan (Bukit Kerayong) ini dijangka pulih sepenuhnya pada jam 3 petang ini," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Abdul Halem berkata, pihaknya sedang melakukan segala usaha bagi mempercepatkan proses pemulihan di kawasan yang masih belum pulih sepenuhnya.

Pengguna yang ingin mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan ini boleh terus rujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor atau platform media sosial Air Selangor seperti Facebook, Instagram dan Twitter Air Selangor atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com.

Artikel Berkaitan: