Stoking kalimah ALLAH: Premis perniagaan di Selangor akan diperiksa

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyampaikan amanat pada Majlis Mahabbah Ramadan Madani Bersama Penjawat Awam Negeri Selangor Tahun 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz pada Jumaat.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyampaikan amanat pada Majlis Mahabbah Ramadan Madani Bersama Penjawat Awam Negeri Selangor Tahun 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan menjalankan semakan di premis perniagaan di negeri ini khususnya di cawangan KK Mart bagi memastikan tiada lagi unsur menghina Islam dalam produk yang dijual.

Ia berikutan kontroversi mengenai penjualan stoking mempunyai kalimah ALLAH dilaporkan pengguna menerusi media sosial berlaku di sebuah cawangan KK Mart di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Dr Mohamad Fahmi Ngah pada Khamis mengenai langkah mempergiatkan pemeriksaan di seluruh negeri berikutan insiden itu.

"Kita sudah bincang dan usaha-usaha penguatkuasaan kita akan (laksanakan dengan) menyemak atau kita akan ke KK Mart untuk melihat stok-stok (produk jualan) mereka atau ke tempat tempat lain.

"Pihak KK Mart kalau betul ikhlas dan jujur minta maaf dia kena buktikan dengan bersihkan kesemua stok stoking-stoking yang ada kalimah ALLAH itu.

"KK Mart juga perlu memastikan tiada barang-barang (lain) yang mengganggu dan melukai hati umat Islam," katanya ditemui selepas Majlis Mahabbah Ramadan Madani di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini pada Jumaat.

Terdahulu dalam ucapannya, Amirudin menegaskan kerajaan negeri akan memberi tumpuan untuk memastikan tiada lagi unsur menghina Islam dalam operasi perniagaan di Selangor.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: