Polis giat kesan wanita pura-pura qiamullail curi beg dalam masjid

Rakaman CCTV suspek mencuri sebuah beg di ruang solat wanita di Masjid Raja Lumu, Bukit Malawati pada Ahad.
Rakaman CCTV suspek mencuri sebuah beg di ruang solat wanita di Masjid Raja Lumu, Bukit Malawati pada Ahad.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis masih giat mengesan seorang wanita dipercayai berpura-pura qiamullail untuk mencuri beg jemaah di Masjid Raja Lumu, Bukit Malawati di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, polis masih belum membuat sebarang tangkapan berkaitan kes itu setakat ini.

"Identiti suspek yang dirakam menerusi CCTV (rakaman kamera litar tertutup) masjid itu belum dikenal pasti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Sehubungan itu, katanya, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menyalurkannya di balai polis berdekatan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Pura-pura qiamullail sebelum kebas beg telekung di masjid

Sinar Harian pada 18 Mac lalu melaporkan, seorang wanita berpura-pura mahu melakukan qiamullail sebelum mencuri sebuah beg telekung jemaah wanita dalam kejadian di Masjid Raja Lumu, Bukit Malawati.

Bagaimanapun, kejadian jam 5.40 pagi Ahad itu sempat dirakam CCTV masjid itu sebelum rakamannya tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!