Koperal maut dipukul, polis giat buru suspek

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang anggota polis maut dipercayai dipukul dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang pada Sabtu.

Mangsa berpangkat koperal berusia 34 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sekitar jam 3 pagi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ekoran insiden berdarah tersebut, pihaknya sedang giat mengesan sekumpulan lelaki yang berada di lokasi kejadian berlaku.

Kata beliau, keberadaan kumpulan individu tersebut di lokasi dilihat mempunyai kemungkinan menjadi penyebab kematian lelaki tersebut.

"Siasatan awal mendapati anggota polis yang menjadi mangsa kejadian tersebut berkhidmat di Kontinjen Polis Kuala Lumpur.

"Kes tersebut masih dalam proses siasatan dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.

"Pihak polis masih menunggu keputusan bedah siasat," katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.

Dalam perkembangan berlainan, Hussein berkata, pihaknya yakin dapat mengenal pasti pemilik sebenar wang RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kenderaan di sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, setakat ini pihaknya menerima laporan daripada seorang pengarah syarikat teknologi maklumat berusia lewat 40-an yang mendakwa wang itu adalah milik syarikat mereka.

"Bagaimanapun selepas membuat laporan polis, kita mendapati pengadu tidak hadir memberikan keterangan.

"Sehubungan itu, pihak polis masih menunggu individu ini untuk datang jumpa Ketua Balai Polis Damansara bagi memberikan keterangan serta bukti berhubung pemilikan wang tersebut," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Mangsa berkhidmat di Kontinjen Polis KL #fyp #SinarHarian #Polis #Koperal #Maut #Pukul #ShahAlam

Titanic Meme Sound - LM10 Jihad