Imigresen gempur kilang, lokasi panas, tahan 44 PATI

Sebahagian daripada pekerja asing yang diperiksa oleh Imigresen Johor dalam serbuan di sebuah kilang di Johor Bahru pada Rabu.
Sebahagian daripada pekerja asing yang diperiksa oleh Imigresen Johor dalam serbuan di sebuah kilang di Johor Bahru pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, di kilang pembuatan logam dan makanan sejuk beku di daerah ini kerana bekerja tanpa permit yang sah.

Menerusi Ops Mahir yang dijalankan kira-kira jam 2 petang pada Rabu itu seramai 118 orang warga asing dan tempatan telah diperiksa.

Pengarahnya Baharuddin Tahir, berkata tindakan diambil pihaknya susulan maklumat awam berhubung PATI yang disyaki bekerja tanpa pas atau permit di kilang terbabit.

Operasi penguatkuasaan akan digiatkan di seluruh negeri bagi membanteras isu kebanjiran PATI.
Operasi penguatkuasaan akan digiatkan di seluruh negeri bagi membanteras isu kebanjiran PATI.

"Dalam operasi itu, kita menahan seorang wanita dan 10 lelaki Myanmar, berusia 24 hingga 39 tahun.

"Mereka yang ditahan dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia; Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa.

"Sebanyak tiga notis hadir ke pejabat juga dikeluarkan kepada individu yang terbabit dalam operasi itu bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, Baharuddin berkata, seramai 33 lagi warga asing di sekitar Muar, Mersing dan Segamat ditahan atas kesalahan sama selepas dipercayai bekerja tanpa permit yang sah dan tinggal lebih masa di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Anggota Imigresen melakukan pemeriksaan di sebuah kedai makan bagi mengesan PATI.
Anggota Imigresen melakukan pemeriksaan di sebuah kedai makan bagi mengesan PATI.

Menurut beliau, tangkapan itu dibuat dalam pelbagai operasi iaitu Ops Gegar, Ops Sapu, Ops Minyak dan Ops Selera yang dijalankan di premis-premis sekitar lokasi panas selama dua hari bermula Selasa.

"Operasi ini susulan susulan aduan awam yang diterima menyatakan terdapat beberapa warga asing yang bekerja tanpa pas atau permit yang sah di lokasi panas itu.

Warga asing cuba membunyikan diri ketika operasi dilakukan Imigresen.
Warga asing cuba membunyikan diri ketika operasi dilakukan Imigresen.

"Dalam beberapa operasi ini, seramai 124 warga asing serta tempatan diperiksa sebelum menahan 33 warga asing.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita warga Myanmar, 11 lelaki warga dan seorang wanita warga Thailand, empat lelaki warga Bangladesh dan tiga wanita warga Vietnam. Kesemua mereka berusia antara 15 hingga 64 tahun," ujarnya.

Baharuddin menggesa orang ramai digesa menyalurkan maklumat berkaitan PATI di negeri ini.

"Operasi penguatkuasaan akan digiatkan di seluruh negeri bagi membanteras isu kebanjiran PATI yang dilihat semakin galak menguasai sesuatu kawasan," katanya lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28