Enam PATI gagal lolos pulang ke negara asal

Bot fiber dinaiki enam PATI cuba keluar dari negara ini melalui perairan Tampok, Pontian pada Jumaat. Foto Maritim Malaysia
Bot fiber dinaiki enam PATI cuba keluar dari negara ini melalui perairan Tampok, Pontian pada Jumaat. Foto Maritim Malaysia
A
A
A

BATU PAHAT - Enam lelaki dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia gagal meloloskan diri pulang ke negara asal selepas bot fiber dinaiki mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekitar 10 batu nautika barat daya Tampok, Pontian pada Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, ketika aset Maritim Malaysia melakukan rondaan dan penguatkuasaan Op Jaksa dan Op Tiris 3.0, sebuah bot fiber didapati berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan di perairan Tampok, Pontian sekitar jam 9.30 pagi.

Enam PATI yang ditahan dibawa Jeti Zon Maritim Batu Pahat. Foto Maritim Malaysia
Enam PATI yang ditahan dibawa Jeti Zon Maritim Batu Pahat. Foto Maritim Malaysia

"Bot fiber terbabit berjaya dipintas dan pemeriksaan dilakukan menemukan enam lelaki termasuk tekong disyaki PATI. Kesemua mereka berumur dari 26 hingga 42 tahun.

"Tekong dan penumpang bot gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Kesemua warga Indonesia terbabit cuba keluar dari perairan Malaysia dan menuju ke Batam, Indonesia," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurut Mohd Haniff, bot fiber bersama kesemua suspek dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat dan diserahkan kepada Unit Siasatan Zon Maritim Batu Pahat bagi siasatan lanjut.

"Tekong bot terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 26A di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007

Artikel Berkaitan:

 Bot fiber dinaiki enam PATI cuba keluar dari negara ini melalui perairan Tampok, Pontian pada Jumaat. Foto Maritim Malaysia
Bot fiber dinaiki enam PATI cuba keluar dari negara ini melalui perairan Tampok, Pontian pada Jumaat. Foto Maritim Malaysia

"Manakala lima warganegara Indonesia yang lain akan disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/63 bagi kesalahan keluar masuk Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan," ujarnya.

Tambahnya lagi, Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan lagi tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan bagi perairan Johor selamat, aman dan terkawal.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!