10 PATI bayar RM3,000 seorang untuk pulang beraya guna laluan tikus


Aminul Izmeer (dua dari kanan) menunjukkan gambar bot membawa PATI yang ditahan pada sidang akhbar di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Gelang Patah pada Rabu.
Aminul Izmeer (dua dari kanan) menunjukkan gambar bot membawa PATI yang ditahan pada sidang akhbar di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Gelang Patah pada Rabu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia sanggup membayar sehingga RM3,000 seorang untuk pulang beraya ke negara asal melalui laluan tikus di perairan Tanjung Pelepas pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, tindakan mereka membayar sindiket untuk diseludup keluar secara haram dari negara ini gagal apabila bot dinaiki mereka dipintas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, kesemua PATI bersama dua tekong warganegara berkenaan ditahan selepas Unit Marin Bahagian Penguatkuasaan Kastam berjaya memintas bot gentian kaca dinaiki mereka pada jam 2 pagi.

"Unit Marin telah mengesan sebuah bot fiber yang mencurigakan semasa menjalankan rondaan di perairan laur Tanjung Pelepas. Bot berkenaan berjaya dipintas sebelum pemeriksaan dijalankan.

PATI yang ditahan selepas bot dinaiki dipintas Unit Marin Bahagian Penguatkuasaan Kastam di Perairan Tanjung Pelepas pada Jumaat lalu.
PATI yang ditahan selepas bot dinaiki dipintas Unit Marin Bahagian Penguatkuasaan Kastam di Perairan Tanjung Pelepas pada Jumaat lalu.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua lelaki warga Indonesia yang bertindak sebagai tekong selain 10 PATI yang menyeludup keluar menggunakan laluan tikus.

"Kesemua individu warga Indonesia berusia antara 25 hingga 50 tahun itu juga gagal mengemukakan dokumen sah malah tidak mempunyai permit sah tinggal di negara ini ketika pemeriksaan dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Gelang Patah di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

PATI yang ditahan selepas bot dinaiki dipintas Unit Marin Bahagian Penguatkuasaan Kastam di Perairan Tanjung Pelepas pada Jumaat lalu.
PATI yang ditahan selepas bot dinaiki dipintas Unit Marin Bahagian Penguatkuasaan Kastam di Perairan Tanjung Pelepas pada Jumaat lalu.

Menurut Aminul Izmeer, siasatan awal dilakukan mendapati, kesemua PATI dipercayai sedang menuju ke Batam bagi pulang beraya.

"PATI ini sanggup membayar sehingga RM3,000 seorang bagi pulang beraya ke negara asal menggunakan laluan tikus.

"Kes PATI menyeludup keluar menggunakan laluan tikus di negeri ini termasuk Gelang Patah, ketika musim Aidilfitri selalunya meningkat. Ada beberapa 'hotspot' yang telah dikenalpasti dan dipantau pihak berkuasa termasuk JKDM," katanya.

Mengulas lanjut, Aminul Izmeer berkata, dua tekong terbabit direman tujuh hari bermula 15 Mac lalu kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Bot gentian kaca digunakan untuk membawa 10 PATI menyusup keluar melalui perairan Tanjung Pelepas pada Jumaat lalu.
Bot gentian kaca digunakan untuk membawa 10 PATI menyusup keluar melalui perairan Tanjung Pelepas pada Jumaat lalu.

Manakala 10 PATI berkenaan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta ATIPSOM 2007, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda RM20,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28