PFA tuntut FIFA sekat Israel

Pasukan bola sepak Palestin ketika menyertai Piala Asia di Qatar.
Pasukan bola sepak Palestin ketika menyertai Piala Asia di Qatar.
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Palestin (PFA) telah menuntut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mempertimbangkan sekatan yang sesuai terhadap Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) dan kelab kerana pelanggaran hak asasi manusia dalam perang ke atas Gaza.

Surat itu yang dihantar pada 11 Mac oleh PFA kepada FIFA, mencadangkan agenda Kongres FIFA menangani krisis di Gaza yang telah mengancam kehidupan rakyat Palestin termasuk sukan bola sepak negara itu.

Usul PFA itu mendapat sokongan enam persatuan, tetapi difahamkan Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi tidak menyokong cadangan itu.

“Semua infrastruktur bola sepak di Gaza telah musnah atau rosak teruk, termasuk stadium bersejarah Al-Yarmuk yang diubah oleh tentera Israel menjadi kem tahanan seperti yang didokumenkan oleh lebih daripada satu organisasi antarabangsa.

"Jentolak digunakan oleh Israel untuk menghancurkan padang," kata surat PFA kepada FIFA.

Surat itu turut menyatakan bahawa IFA bersubahat dalam pencabulan kerajaan Israel terhadap bola sepak Palestin.

PFA menggunakan artikel 2, 3, 4 dan 5 statut FIFA, memetik komitmen hak asasi manusia badan induk itu, serta Dasar Hak Asasi Manusia FIFA.

Badan Palestin itu juga merujuk kepada artikel 71 dan 72 artikel FIFA untuk mengecam kewujudan lima kelab penempatan di wilayah Palestin.

Artikel Berkaitan:

Kongres FIFA akan berlangsung pada 17 Mei di Bangkok, Thailand.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28