Zizan hadiahkan Mercedes Benz GLC300 buat ibu tercinta

Zizan menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes Benz GLC300 buat ibunya...
Zizan menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes Benz GLC300 buat ibunya...
A
A
A

“SENJATA kejayaan seorang anak adalah berkat doa ibu yang hebat dan hebatnya seorang anak adalah dari hasil didikannya.”

Itulah ungkapan yang dikongsikan abang kepada selebriti popular, Zizan Razak iaitu Hafiza Razak menerusi akaun TikTok miliknya.

Luahan rasa bangga itu dibuat berikutan Zizan memberi kejutan istimewa buat ibu tercinta, Anai Ibrahim dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes Benz GLC300.

Menerusi video berdurasi tiga minit 11 saat itu, Zizan bersama abangnya terlebih dahulu membawa ibu mereka ke sebuah pusat pameran kereta jenama mewah, kononnya untuk melihat sementara menanti waktu berbuka puasa.

Dalam video berkenaan, ibu mereka dilihat merakamkan beberapa buah kenderaan di situ dan mengakui menyukai kereta tersebut.

“Seri (jurujual) ajak lihat baru, kot-kot berkenan. Yealah nak tunggu waktu berbukakan, apa salahnya tengok. Bukan kena bayar pun, tapi waktu ini ibu langsung tak perasan apa-apa.

“Mungkin masa ini, hati ibu berkata, bertuahnya orang yang dapat kereta yang ibu idamkan,” kongsinya.

Keadaan bertukar sebak apabila Anai menyedari kereta berkenaan adalah miliknya, sehingga menitiskan air mata.

Artikel Berkaitan:

“Masa ni pun sebak lagi, dah berjaya ibu miliki kereta idaman, hadiah daripada Zizan.

“Alhamdulillah, Along bangga dengan adik sebab banyak tolong kami.”

“Kami sayang awak, adik,” tulis Hafiza.

Menerusi carian, harga kereta berkenaan boleh mencecah RM 378,888.

Hafiza yang sebelum ini pernah menerima hadiah berupa sebuah motor dari adiknya itu turut berjanji untuk membuat kejutan istimewa buat Zizan suatu hari nanti.

“Sayangilah ibu kita... Cintailah ibu kita.

“Along dan ibu sudah diberi kejutan (oleh Zizan). Insya-ALLAH suatu hari nanti adik akan kena kejutan juga. Doa-doakan ya,” titipnya.

Video berkenaan telah menarik perhatian ramai dan rata-rata mendoakan rezeki Zizan semakin murah selepas ini

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!