Ibu tunggal rayu bantuan untuk anak jalani pembedahan

Noriah menunjukkan gambar imbasan sinar-X tapak kaki anaknya ketika ditemui dirumahnya di Seberang Balok pada Selasa.
Noriah menunjukkan gambar imbasan sinar-X tapak kaki anaknya ketika ditemui dirumahnya di Seberang Balok pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Seorang ibu tunggal buntu memikirkan nasibnya selepas perlu mencari wang segera berjumlah RM5,000 bagi membolehkan anaknya menjalani pembedahan secepat mungkin akibat retak tumit.

Menurut Noriah Awang, 60, pembedahan memasang empat batang skru ke dalam tulang tumit anaknya, Muhammad Hafizzudin Muhammad, 22, perlu dilakukan bagi memulihkan kembali struktur tulang yang patah akibat kemalangan motosikal, pada 3 Ramadan lalu.

Dengan nada sebak, ibu kepada enam anak itu berkata, bantuan daripada orang ramai amat diperlukan bagi membolehkan anaknya kembali sihat dan dapat bekerja semula.

"Saya hanya menjual kuih dan peroleh pendapatan bersih sekitar RM30 hingga RM50 sehari. Mana mungkin saya dapat kumpulkan wang dalam masa singkat.

"Terus terang cakap duit dari hasil jualan adalah untuk tampung kehidupan seharian dengan tanggung anak yang masih bersekolah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Seberang Balok pada Selasa.

Dia yang hanya menjual kuih-muih memberitahu, anak keempat daripada enam beradik cedera itu akibat terlanggar lubang selepas pulang dari menggali kubur pada Selasa lalu.

Jelasnya susulan itu, anaknya yang bekerja sebagai pembantu bengkel tidak dapat berjalan dan seterusnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi rawatan lanjut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, doktor pakar mendapati Muhammad Hafizzudin mengalami retakan tumit dan perlu jalani pembedahan dengan segera.

Artikel Berkaitan:

"Anak saya masih kat HTAA, hanya menunggu masa untuk membuat pembedahan. Difahamkan kos sebatang skru mencecah lebih RM900 dan memerlukan sehingga empat skru," luahnya yang turut menghidap penyakit darah tinggi.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyumbang menerusi akaun Maybank bernombor 156094520716 atas nama Norizatul Akmar Muhammad.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28