Syarikat pengedar stoking mohon maaf, kesal kecuaian pembekal

Syarikat pengedar Xin Jian Chang Sdn Bhd yang beroperasi di Batu Pahat Johor menyuarakan rasa kesal dengan kecuaian pembekalnya dari negara China dalam proses kawalan kualiti, yang secara tidak sengaja menyebabkan stoking yang tertera kalimah 'ALLAH' termasuk ke dalam inventori.
Syarikat pengedar Xin Jian Chang Sdn Bhd yang beroperasi di Batu Pahat Johor menyuarakan rasa kesal dengan kecuaian pembekalnya dari negara China dalam proses kawalan kualiti, yang secara tidak sengaja menyebabkan stoking yang tertera kalimah 'ALLAH' termasuk ke dalam inventori.
A
A
A

BATU PAHAT - Syarikat pengedar Xin Jian Chang Sdn Bhd yang beroperasi di Batu Pahat Johor menyuarakan rasa kesal dengan kecuaian pembekalnya dari negara China dalam proses kawalan kualiti, yang secara tidak sengaja menyebabkan stoking yang tertera kalimah 'ALLAH' termasuk ke dalam inventori.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, menurutnya pihak syarikat tidak pernah sama sekali dengan sengaja memesan stoking yang mempunyai perkataan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat di negara ini.

Katanya, semua pesanan berdasarkan sampel yang diberikan, selain pihaknya pernah berbincang dengan pembekal agar mengelak produk yang memaparkan perkataan, simbol atau ilustrasi yang boleh menyentuh sensitiviti.

"Kami telah berhubung dengan pembekal kami dari negara China untuk mendapatkan penjelasan dan mereka mengaku stoking itu telah dimasukkan dalam pembelian secara tidak sengaja,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, pengurus syarikat berkenaan Soh Hui San telah membuat permohonan maaf berhubung isu berkenaan dan menyatakan perkara itu kali pertama berlaku setelah lebih 10 tahun mengimport stoking untuk pasaran tempatan.

"Saya dengan rendah diri mengakui kesilapan ini dan akan lebih berhati-hati pada masa yang akan datang... saya juga memohon maaf terutamanya kepada yang beragama Islam,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Syarikat pengedar stoking mohon maaf, kesal kecuaian pembekal #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Stoking #ALLAH #China #Pembekal #Maaf

Artikel Berkaitan:

Supplication - Sami Yusuf