Stoking tertera kalimah ALLAH: Pemangku Sultan Johor gesa tindakan tegas

A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas dalam menangani isu stoking yang tertera perkataan ALLAH.

Menurut Tunku Ismail, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan sama sekali tidak boleh dipandang remeh.

"Kalimah ALLAH adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.

"Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.

"Isu ini tidak boleh dipandang remeh. Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara," titah baginda.

Tunku Ismail bertitah demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Media dan Komunikasi Istana Bukit Pelangi pada Selasa.

Kenyataan Tunku Ismail itu turut dimuat naik dalam Facebook rasmi miliknya, HRH Crown Prince of Johor.

Pada Sabtu, Pengurus Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai melahirkan rasa kesalahan atas penjualan stoking tertera perkataan ALLAH di salah sebuah cawangan yang tular baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kesilapan seperti itu tidak pernah berlaku sepanjang 23 tahun perniagaan dijalankan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!