Titah Agong, Pemangku Sultan Johor amat bermakna - Dr Akmal

Kenyataan Dr Akmal pada Isnin. Dr Akmal (kanan).
Kenyataan Dr Akmal pada Isnin. Dr Akmal (kanan).
A
A
A

SHAH ALAM - Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dalam menangani isu stoking tertera perkataan ALLAH SWT amat bermakna dan penting kepada usaha memelihara kesucian agama Islam.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, titah baginda berdua itu juga merupakan penghormatan kepada Islam selaku agama rasmi tanah air.

"Patik dan seluruh kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menjunjung kasih atas titah Yang Dipertuan Agong, dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail yang menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan kalimah ALLAH dan memastikan agar ia tidak berulang lagi.

"Di kala keadaan berada di dalam kecelaruan, rakyat khususnya umat Islam berdukacita di atas insiden tersebut patik dan kepimpinan bersetuju bahawa isu ini tidak boleh dipandang remeh dan tindakan tegas perlu diambil," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sultan Ibrahim menzahirkan rasa murka dan duka cita berhubung penjualan stoking bertulis kalimah Allah di kedai serbaneka dan mahu tindakan 'sekeras-kerasnya' diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah berdasarkan siasatan pihak berkuasa.

Selain itu, Tunku Ismail turut menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas dalam menangani isu stoking yang tertera perkataan ALLAH.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menggesa pimpinan tertinggi UMNO dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengambil tindakan terhadap Akmal susulan kenyataan angkuhnya berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

King Sing melalui hantaran di Facebooknya pada Isnin mendakwa, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu memanipulasi isu berkenaan bertujuan untuk kepentingan politik peribadi.

Artikel Berkaitan:

Baru-baru ini tular penjualan stoking tertera kalimah ALLAH SWT dijual di beberapa kedai rangkaian serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) hingga mencetuskan kemarahan ramai pihak.

Susulan itu, Muhamad Akmal antara yang lantang mengecam tindakan tersebut.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28