Tourism Johor rancang pakej penginapan fleksibel Ramadan ini

Sharil Nizam
Sharil Nizam
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tourism Johor merancang untuk menyediakan pakej penginapan mengikut waktu yang fleksibel kepada pelancong khususnya dari Singapura yang berkunjung ke negeri berkenaan di sepanjang Ramadan.

Menurut Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim, pakej penginapan tersebut melibatkan masa daftar masuk (check-in) serta daftar keluar (check-out) yang tidak mengikut waktu biasa yang telah ditetapkan.

Justeru katanya, pakej berkenaan dilihat bakal memberikan kemudahan kepada pelancong-pelancong dari Kota Singa itu yang dijangka akan berkunjung ke Johor untuk berbelanja sempena Ramadan dan juga menjelang Aidilfitri, tidak lama lagi.

“Pihak Tourism Malaysia, ada bermesyuarat dengan pihak pengusaha hotel berhubung perkara ini, tapi bukan kita nak buat penginapan.

“Kita cuba mengusulkan untuk waktu check-in/check-out yang fleksibel kerana kebiasaannya pelancong-pelancong dari Singapura datang ke Johor untuk berbuka puasa selain membeli belah.

“Jadi, bila nak balik ke Singapura...jalam ‘jem.’ Jadi, mereka boleh berehat di mana-mana hotel yang terdekat dengan mendaftar masuk atau mendaftar keluar pada bila-bila masa..tapi semua ini hanya untuk bulan Ramadan sahaja,” katanya.

Sharil Nizam berkata demikian bagi mengulas berhubung perancangan daripada pihak Tourism Malaysia Johor sempena Ramadan, kali ini.

Sementara itu Shahril Nizam berkata, pakej penginapan tersebut juga akan hanya dilaksanakan ketika hari bekerja dan bukannya pada hujung minggu.

Artikel Berkaitan:

“Setakat ini, ada beberapa hotel dah bersetuju dan juga telah dihebahkan untuk pelancong Singapura,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28