EMTOP tawar diskaun 50 peratus

EMTOP menyediakan pelbagai alat perkakasan dengan dengan pemberian diskaun harga yang istimewa.
EMTOP menyediakan pelbagai alat perkakasan dengan dengan pemberian diskaun harga yang istimewa.
A
A
A

SHAH ALAM - Jenama perkakasan antarabangsa yang terkenal, EMTOP menganjurkan 'Super Saver Sale' yang menawarkan peluang kepada peminat DIY, pembina profesional, dan tukang untuk menikmati diskaun 50 peratus melibatkan lebih 100 alat perkakasan.

EMTOP dalam satu kenyataan berkata, ‘Super Saver Sale’ bermula 1 hingga 31 Mac 2024 akan membantu rakyat Malaysia berjimat besar dalam projek ‘do-it-yourself ‘(DIY) pada musim perayaan ini.

“‘Super Saver Sale’ EMTOP turut melibatkan alat kuasa seperti penggiling sudut yang kini dijual dengan harga RM120 dan tukul putar pada harga RM245 setiap satu.

“Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai alat perkakasan termasuk alat kuasa, aksesori, peralatan, alat udara, alat berkebun, alat kegunaan tangan, alat pengukur dan pam air pada harga diskaun,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, pada April lepas, Kumpulan MR D.I.Y. memperkenalkan EMTOP pertama sebagai francaisi induk untuk EMTOP di Malaysia.

Kini dengan enam lokasi di Lembah Klang, EMTOP sebuah jenama yang diiktiraf di peringkat global dan beroperasi di 80 negara dengan menawarkan lebih daripada 1,000 produk perkakasan berkualiti termasuk alat kuasa dan aksesorinya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: