MR D.I.Y tawar diskaun 40 peratus

MR D.I.Y tawarkan diskaun sebanyak 40 peratus melibatkan 180 produk kepada pelanggannya sepanjang Disember ini.
MR D.I.Y tawarkan diskaun sebanyak 40 peratus melibatkan 180 produk kepada pelanggannya sepanjang Disember ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad [MR D.I.Y.] menerusi inisiatifnya, 'Jualan Mega Akhir Tahun' (YES) menawarkan diskaun sehingga 40 peratus melibatkan 180 produk kepada pelanggannya sepanjang Disember ini.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, pelanggan boleh meneroka pelbagai barangan diskaun yang menarik daripada perkakasan, barangan keperluan rumah, barangan elektrik, mainan, alat tulis, peralatan sukan, serta produk makanan dan minuman dengan melawati cawangan-cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara serta dalam talian.

“YES bukan sekadar inisiatif biasa kerana ia adalah sambutan untuk penjimatan.

"Sertai kami untuk menutup tahun ini bersama-sama dengan nilai yang luar biasa dan pelbagai produk berkualiti yang meningkatkan kehidupan harian anda, semuanya pada 'Always Low Prices',” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, pelanggan MR D.I.Y yang layak menebus RM100 eMadani juga boleh menerima ganjaran pulangan tunai dengan membelanjakan minimum RM40.

Pelanggan juga dapat menikmati pulangan tunai RM2 apabila mereka menggunakan fungsi 'Pay' Touch ‘n Go eWallet di MR D.I.Y., MR. DOLLAR, dan MR. TOY yang mengambil bahagian.

Artikel Berkaitan: