Belanja sakan guna kad ATM orang lain

Seorang wanita kerugian lebih RM500 selepas kad ATM miliknya disalah guna individu tidak dikenali yang membuat 11 transaksi dalam tempoh 24 jam. Gambar hiasan
Seorang wanita kerugian lebih RM500 selepas kad ATM miliknya disalah guna individu tidak dikenali yang membuat 11 transaksi dalam tempoh 24 jam. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita kerugian lebih RM500 selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya disalah guna individu tidak dikenali yang membuat 11 transaksi dalam tempoh 24 jam.

Mangsa, Rubiyahani Abd Rahman memaklumkan, kad ATM tersebut dipercayai tercicir selepas menyedari tiada dalam simpanannya dalam kejadian 13 Mac lalu.

Rubiyahani berkata, dia bertindak menyekat kad tersebut dan sempat memuat turun sejarah transaksi penggunaan kad debit berkenaan.

"Ada sebanyak 11 transaksi tidak dikenal pasti oleh saya yang dilakukan sekitar kawasan Batu Caves dan Sentul antara jam 8.30 malam Rabu hingga 8.41 malam Khamis.

"Saya memang betul-betul tidak perasan pembelian yang dilakukan oleh orang yang menjumpai kad ATM saya.

"Dia membuat pembelian sekitar waktu saya sibuk mengurus anak dan menyiapkan menu berbuka, " kongsinya menerusi Facebook pada Jumaat.

Laporan polis dibuat mangsa susulan kerugian ditanggung selepas kad ATM disedari hilang pada 13 Mac lalu.
Laporan polis dibuat mangsa susulan kerugian ditanggung selepas kad ATM disedari hilang pada 13 Mac lalu.

Wanita tersebut mengakui kecuaian diri namun menyelar tindakan pelaku yang membuat pembelian sesuka hati di beberapa pasar raya selain Watson dan Mr DIY.

Artikel Berkaitan:

"Dalam tempoh tersebut, jumlah yang dibelanja lebih RM500.

"Saya sudah membuat laporan polis dan meminta rakaman CCTV di dalam dan luar premis untuk mengenal pasti kenderaan pelaku," katanya.

Dia berharap, pelaku tampil dan memberikan penjelasan mengenai pembelian dilakukan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!