Kuota 75 ketua kampung kepada BN masih dalam peringkat rundingan

Rizam (berdiri, tengah) bergambar bersama wakil penerima pada Majlis Penyerahan Sumbangan Masjid dan Surau DUN Sungai Air Tawar pada Sabtu.
Rizam (berdiri, tengah) bergambar bersama wakil penerima pada Majlis Penyerahan Sumbangan Masjid dan Surau DUN Sungai Air Tawar pada Sabtu.
A
A
A

SABAK BERNAM - Kuota 75 ketua kampung yang diperuntukkan kepada Barisan Nasional (BN) masih dalam peringkat rundingan.

Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna, Datuk Rizam Ismail berkata, perkara itu perlu diperhalusi terlebih dahulu dan akan diumumkan selepas selesai pelantikan dibuat.

"Pelantikan ini dalam fasa akhir melibatkan seramai 373 ketua kampung di seluruh negeri Selangor, tetapi ia akan dibuat secara berperingkat," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Masjid dan Surau Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar pada Sabtu

Sebanyak 53 masjid dan surau di DUN Sungai Air Tawar masing-masing menerima sumbangan RM3,000 dengan nilai keseluruhan peruntukan disumbangkan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) berjumlah RM159,000.

Dalam pada itu, Rizam berkata, kerajaan Selangor tidak menolak untuk mengangkat mana-mana kampung tradisi yang sesuai untuk mendapatkan pengiktirafan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Bagaimanapun, katanya, pengiktirafan itu terserah kepada UNESCO kerana ia melibatkan syarat yang ketat.

"Permohonan boleh dibuat tetapi soal akhirnya pengiktirafan dapat atau tidak itu daripada UNESCO

"Tetapi kalau ada kemampuan dan berpotensi untuk diangkat ke UNESCO, saya kira ini satu perkara yang boleh dicuba di mana-mana tempat dan pastinya akan dilihat semua sudut dari segi bantahan, kesesuaian dan keperluan daripada kerajaan negeri Selangor," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28