Syahidnya pelindung Jerusalem

TUKANG CERITA

A
A
A

PADA asalnya tidaklah saya mahu menulis tentang perkara ini. Cuma apabila membaca sesetengahnya komen netizen agak jumud dengan pemikiran Syiah dikaitkan dengan Leftenan Jeneral Qassem Soleimani ini menyebabkan saya cuba menyampaikan apa yang telah lama terbuku di hati ini.

Soleimani bukan calang-calang orang juga. Beliau memang terkenal dalam merangka strategi untuk menewaskan ISIS di Iraq dan Syria. Ismail Haniyeh menggelarkan Soleimani sebagai 'Syahidnya Pelindung Jerusalem'. Mereka yang kenal beliau akan tahu apa sumbangan beliau sebenarnya.

Kematian beliau tular di setiap ruangan maya. Bahkan jutaan rakyat jelata Iran menangisi syahidnya seorang leftenan jeneral yang agung itu. Berani juga saya katakan hampir keseluruhan umat Islam di dunia ini yang faham dan tahu akan keperibadian dan tugasan beliau akan meratapinya.

Beliau bertanggungjawab dalam mengimbangi kuasa atau pengaruh Amerika Syarikat (AS) yang sebenarnya mempunyai percaturan jahat dengan menjadikan ISIS sebagai proksi di Asia Barat.

Arab Saudi yang mempunyai hubungan baik dengan Amerika juga bimbang akan pengaruh Iran di Asia Barat. Mereka mungkin bimbang pengaruh Bani Saud itu akan berkurang. Dan semua juga sudah tahu yang Arab Saudi ini berfahaman Wahabi.

Justeru, atas dasar itulah, disebabkan kebijaksanaan dan pengaruh Soleimani, beliau dibom oleh AS dengan justifikasi kononnya tujuan membunuh adalah untuk mencegah kemudaratan yang lebih parah di Asia Barat.

Daripada bacaan saya terutama bacaan yang diulas oleh ramai orang juga yang tidak tahu tentang sumbangan beliau rata-ratanya tidak faham juga akan pergolakan di Asia Barat. Terutama tentang perang yang terjadi di Syria dan Iraq.

Mereka berpendapat peperangan itu adalah antara Syiah dan Sunni. Paling sadis adalah kecaman kepada Soleimani yang dikatakan Syiah yang telah menyembelih ramai orang Sunni di Syria dan Iraq.

Artikel Berkaitan:

Tidak sudah-sudah menentukan siapa yang masuk syurga dan neraka. Sedangkan itu kerja Tuhan. Kita sendiripun belum tahu entah syurga atau neraka.

Yang paling sedih juga apabila membaca komen netizen. Mereka dengan rakusnya terus menyatakan itu semua dosa Syiah. Merekalah yang bertanggung jawab ke atas pembunuhan Sunni.

Netizen juga bertanya akan sandaran Tuan Guru Haji Hadi yang telah mengucapkan syahidnya Soleimani, untuk memberi penerangan dan justifikasi kenapa mengucapkan syahid.

Sedangkan seperti yang saya katakan tadi, jika mereka membuka sedikit minda dengan membaca dengan tenang, tentang geopolitik yang berlaku di Syria dan Iraq, sambil menggunakan otak, mereka akan tahu siapa sebenarnya yang jahat.

Bahkan ada juga mufti yang berkobar-kobar mengatakan Syiah itu sesat, tetapi boleh berubah pandangan pula dengan memberi alasan lain apabila dijemput ke suatu majlis untuk berucap.

Saya tidak mahulah memanjangkan soal itu, cuma yang paling penting kita umat Islam seluruh dunia ini perlu bersatu dan membuang sifat menghukum orang lain.

Biarlah Tuhan yang menjalankan tugas itu. Wallahuaklam.

Tidak sudah-sudah menentukan siapa yang masuk syurga dan neraka. Sedangkan itu kerja Tuhan. Kita sendiripun belum tahu entah syurga atau neraka."

* Faisal Muhamad ialah jurutera kanan di sebuah syarikat lebuh raya dan amat meminati penulisan kreatif.