'Saya tidak dimaklumkan tentang serbuan LHDN di kediaman Hamzah' - PM

Anwar bersalaman dengan para jemaah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah hari ini. - Foto Bernama
Anwar bersalaman dengan para jemaah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

CYBERJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurut beliau, serbuan dan penggeledahan oleh pegawai LHDN di rumah bekas Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Larut itu adalah urusan agensi berkenaan selaku badan penyiasat.

"Itu urusan LHDN, urusan badan-badan penyiasat dan saya tidak dimaklumkan," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya.

Serbuan di Damansara pada Selasa itu dipercayai berkaitan isu cukai yang tidak dilaporkan.

Difahamkan Hamzah turut berada di kediaman berkenaan ketika serbuan dibuat.

Anwar dalam pada itu juga menafikan khabar angin bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercuti selama dua minggu.

"Tak ada pula (dimaklumkan Ahmad Zahid bercuti)," kata Anwar ketika ditanya pemberita selepas selesai solat Jumaat.

Beliau turut meluangkan masa bersalaman dan berbual ringkas dengan jemaah sebelum beredar. - Awani

BERITA BERKAITAN:

Rumah Hamzah Zainudin diserbu LHDN?

LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN