Jual vape secara terbuka akan dikenakan tindakan

Peniaga yang didapati menjual rokok elektronik (vape), secara terbuka di negeri ini akan dikenakan tindakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Gambar hiasan
Peniaga yang didapati menjual rokok elektronik (vape), secara terbuka di negeri ini akan dikenakan tindakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU – Peniaga yang didapati menjual rokok elektronik (vape), secara terbuka di negeri ini akan dikenakan tindakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, tindakan tersebut akan dilaksanakan sekiranya terdapat aduan terhadap penjualan vape yang berleluasa secara terbuka.

“Secara dasranya, Johor antara dua negeri yang melarang jual vape secara terbuka. Kita ada juga buat penguatkuasaan tapi tidak secara drastik kerana kita lebih tertumpu kepada peniaga warga asing.

“Tetapi di peringkat negeri Johor, kita masih melarang penjualan vape secara terbuka. Kita nasihatkan kepada mereka (peniaga) agar mematuhi apa yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Mohd Jafni (dua, kanan) berkata sesuatu kepada peniaga Bazar Ramadan, Bandar Baru UDA ketika melawat kawasan berkenaan pada Selasa.
Mohd Jafni (dua, kanan) berkata sesuatu kepada peniaga Bazar Ramadan, Bandar Baru UDA ketika melawat kawasan berkenaan pada Selasa.

“Memang kalau ada aduan kita akan ambil tindakan kerana laporan perlu ada daripada aduan daripada masyarakat,” katanya.

Untuk rekod, Johor menjadi negeri terawal yang melarang dan tidak membenarkan penjualan rokok elektronik atau vape berkuat kuasa 1 Januari 2016 susulan titah Sultan Ibrahim Iskandar (Sultan Johor ketika itu), bahawa kegiatan tersebut diharamkan di negeri berkenaan.

Sementara itu, Mohd Jafni berkata, di peringkat PBT seluruh negeri, pemantauan akan terus dibuat bagi memastikan arahan larangan penjualan vape ini dipatuhi.

Artikel Berkaitan:

Justeru katanya, kesemua peniaga vape di negeri ini diharap dapat mematuhi larangan yang dikeluarkan bagi mengelak dikenakan tindakan, kelak.

“Secara asasnya, jangan jual (vape). Di peringkat PBT ni, kita akan sentiasa memantau agar gejala vape ini tidak berleluasa.

“Untuk jualan online (dalam talian) pula, memanglah susah nak kawal, cuma bila aduan orang ramai, penguatkuasaan perlu ada,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!