Hujan lebat serentak air pasang besar punca Johor Bahru banjir

Keadaan bandaraya Johor Bahru yang dilanda banjir pada petang Rabu. - Foto Tular
Keadaan bandaraya Johor Bahru yang dilanda banjir pada petang Rabu. - Foto Tular
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hujan lebat luar biasa serentak dengan air pasang besar menjadi antara punca banjir kilat di beberapa kawasan di bandaraya Johor Bahru pada Rabu.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Shukor berkata, hujan lebat dengan kadar intensiti lebih 60 milimeter (mm) bermula jam 1.30 tengah hari, serta air pasang tinggi dengan ketinggian 2.7 hingga 2.9 meter menyebabkan 38 kawasan dinaiki air.

Beliau berkata, berdasarkan kategori bacaan tahap intensiti air hujan, kadar melebihi 60 mm adalah adalah sangat lebat berbanding kebiasaan hanya 10 hingga 20 mm sahaja.

"Hujan lebat dari air pasang di Selat Johor menyebabkan air tidak boleh mengalir keluar meskipun semua pam beroperasi.

"Tindakan segera selain tindakan jangka masa pendek dan jangka masa panjang telah diambil dalam menangani isu banjir kilat di kawasan 'Greater Jb' melibatkan kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berhubung isu banjir kilat yang melanda bandar raya di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru ( MBJB) pada Khamis.

Mohd Jafni (dua dari kanan) berbincang Datuk Noorazam (kanan) Dan Mohamad Fazli berbincang tentang isu banjir kilat yang melanda Johor Bahru di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru ( MBJB) pada Khamis.
Mohd Jafni (dua dari kanan) berbincang Datuk Noorazam (kanan) Dan Mohamad Fazli berbincang tentang isu banjir kilat yang melanda Johor Bahru di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru ( MBJB) pada Khamis.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh; Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noorazam Osman dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Datuk Mohd Haffiz Ahmad.

Artikel Berkaitan:

Mohd Jafni menambah garis panduan berhubung pembinaan kolam takungan melibatkan projek- projek baharu di peringkat pemaju di negeri ini akan ditingkatkan agar mampu mampu menampung lebihan air ketika hujan lebat 100mm.

"Di peringkat jawatankuasa khas atau 'task force' di peringkat negeri, beberapa isu melibatkan parit, saliran dan kolam takungan termasuk juga projek-projek baharu akan dipertingkatkan.

"Kita putuskan, pembangunan akan datang, kita letakkan asasnya (projek) pada 100 mm taburan hujan. Maknanya, dari segi parit itu kena sesuai untuk hujan yang mencecah 100 mm iaitu empat kali ganda daripada sistem parit yang ada sekarang," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Jafni berkata, mesyuarat pasukan khas berhubung banjir akan diadakan sebulan sekali dengan kerja penyelenggaraan dilaksanakan bermula Khamis dan berterusan bagi mengatasi masalah banjir kilat daripada terus berulang.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!