Johor Bahru dilanda banjir kilat

Anggota MBJB membantu kenderaan yang terperangkap akibat banjir kilat di laluan menghala ke Wisma Persekutuan. - Foto MBJB
Anggota MBJB membantu kenderaan yang terperangkap akibat banjir kilat di laluan menghala ke Wisma Persekutuan. - Foto MBJB
A
A
A

JOHOR BAHRU - Beberapa kawasan di Johor Bahru dilanda banjir kilat akibat hujan lebat pada sebelah petang Selasa.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) menerusi kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Kampung Mohd Amin.

Pemantauan dilakukan anggota APM di Kampung Mohd Amin yang terletak di tengah bandar Johor Bahru pada petang Rabu. - Foto APM
Pemantauan dilakukan anggota APM di Kampung Mohd Amin yang terletak di tengah bandar Johor Bahru pada petang Rabu. - Foto APM

Selain itu beberapa laluan di pusat bandar turut ditutup bagi mengelak kenderaan terperangkap ekoran banjir kilat yang berlaku.

"Kejadian ini berpunca daripada hujan lebat yang turun melebihi dua jam.

"Sepasukan anggota dari APM Daerah Johor Bahru bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat dari penghulu pada jam 2.20 petang.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dan kehilangan harta benda dilaporkan buat masa ini dan pemantauan dari semasa ke semasa terus dijalankan oleh APM," katanya.

Laluan persimpangan Jalan Gertak Merah yang turut dinaiki air.
Laluan persimpangan Jalan Gertak Merah yang turut dinaiki air.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu menerusi muat naik di lama Facebook Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memberitahu Skuad Kilat digerakkan dan tindakan mengalihkan kenderaan yang terperangkap akibat banjir turut dilakukan.

"Dua laluan yang ditutup ialah Persimpangan Jalan Gertak Merah menghala ke Wisma Persekutuan serta sebahagian Jalan Kolam Ayer (menghala ke Pusat Bandar / Nong Chik Heights).

"Selain itu sebahagian Jalan Kolam Ayer (menghala ke Pusat Bandar / Nong Chik Heights) turut ditutup," ujarnya.

@sinarharianonline Persimpangan Jalan Gertak Merah menghala ke Wisma Persekutuan Johor Bahru ditutup sementara bagi mengelakkan kenderaan terperangkap. Menerusi Facebook Majlis Bandaraya Johor Bahru, sebahagian Jalan Kolam Ayer (menghala ke Pusat Bandar / Nong Chik Heights) turut ditutup bagi mengelakkan kenderaan terperangkap dalam banjir kilat. #SinarHarian #SinarTerkini #videoviralitiktok original sound - Sinar Harian