Daim sekali lagi gesa belia ceburi sektor pertanian

Daim bercakap pada sesi dialog ‘The Future of Agropreneurship and The Role of Youth In Promoting Local Malaysian Kampung Agriculture Products Globally using Digital Solutions’ pada Majlis My Kampung Japan di Sunsuria Forum hari ini. -Foto Bernama
Daim bercakap pada sesi dialog ‘The Future of Agropreneurship and The Role of Youth In Promoting Local Malaysian Kampung Agriculture Products Globally using Digital Solutions’ pada Majlis My Kampung Japan di Sunsuria Forum hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin membuat gesaan sekali lagi kepada golongan belia untuk menceburi sektor pertanian yang mempunyai potensi untuk mewujudkan pekerjaan.

Langkah itu akan turut membantu negara untuk mengurangkan kebergantungannya kepada import pertanian.

Import pertanian Malaysia bernilai RM50 bilion pada 2018 dan ini mempunyai potensi untuk dikurangkan jika terdapat lebih banyak aktiviti dalam pasaran domestik.

"Pertama, rakyat kita boleh mendapat barangan segar pada harga yang lebih rendah, itu penting dan jika terdapat lebihan (daripada penggunaan tempatan) kita boleh eksport, yang juga penting (kepada ekonomi)," katanya.

Daim yang juga Penasihat Ekonomi kepada kerajaan berkata demikian kepada pemberita pada pelancaran awal MyKampung Japan di sini hari ini.

Mengulas mengenai prospek ekonomi bagi 2020, katanya penting bagi Malaysia dan mana-mana negara lain untuk bersedia sepenuhnya berikutan cabaran luaran yang berlaku yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

"Kita mempunyai masalah di seluruh dunia...dengan Timur Tengah, Hong Kong, Korea Utara dan Laut China Selatan,” katanya sambil menambah keadaan geopolitik secara tidak langsung akan memberi kesan kepada Malaysia.

"Oleh itu kita perlu bersedia untuk menghadapinya dengan memastikan kita mempunyai semua yang kita perlukan untuk memastikan masa depan anak-anak kita," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: