Mengenali Alif yang sebenar

Alif Satar (kiri) dan Alif Syukri terkena tempias atas perbuatan pihak lain yang mempunyai nama sama dengan mereka.
Alif Satar (kiri) dan Alif Syukri terkena tempias atas perbuatan pihak lain yang mempunyai nama sama dengan mereka.
A
A
A

DALAM Islam perkara paling penting dan asas yang amat wajib diketahui bermula dengan huruf alif.

Mengenal huruf alif membolehkan kita belajar huruf-huruf hijaiyah yang seterusnya supaya kita dapat membaca al-Quran.

Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, ia membawa maksud huruf pertama abjad Arab dan Jawi.

Maksud lain bagi alif dalam Islam ialah kawan baik atau rapat.

Disebabkan itu juga ramai ibu bapa Islam menamakan anak mereka dengan Alif yang mengambil huruf pertama tersebut.

Dalam fikiran Merak Jalanan ialah Alif Satar yang merupakan penyanyi hebat, pelakon dan juga hos televisyen.

Perwatakan beliau amat luar biasa sekali dan disenangi ramai orang.

Beliaulah yang menggerakkan program ‘Subuh Macam Jumaat’ yang menjadi ikutan anak muda ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Ilham itu timbul selepas beliau bertanya cara untuk melawan kekejaman Israel namun telah tegur mengenai kepayahan umat Islam untuk bangun menunaikan solat Subuh.

Bagaimana nak melawan Israel kalau solat Subuh pun terbabas dan kadangkala tidak dibuat langsung.

Individu seterusnya ialah usahawan hebat Alif Syukri yang berjaya mencipta empayar perniagaannya bernilai jutaan ringgit.

Bagaimanapun Alif ini kadangkala terlibat dengan kontroversi, tetapi Merak Jalanan faham itu sebahagian daripada strategi pemasaran untuk melariskan jualan sahaja.

Cuma yang menariknya ialah kedua-dua Alif ini kadangkala sering terkena tempias kalau Alif yang satu lagi itu buat hal.

Sebab nama mereka saja sama tetapi perangai masing-masing memang unik.

Merak Jalanan malas nak ulas Alif satu lagi tu sebab sudah berkali-kali menyakitkan hati isterinya.

Kadangkala bukan semua lelaki sesuai untuk berkahwin untuk jadi suami dan seorang ayah yang baik.

Tetapi kita doakan yang terbaik sajalah buat Alif yang satu itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28