Pahang sedia buat kajian terperinci Jerapan Ion - Wan Rosdy

Wan Rosdy (tengah) bersama barisan Exco kerajaan negeri dan orang ramai yang hadir dalam Majlis Pecah Tanah STR Felda Pahang di Jengka 14, pada Isnin.
Wan Rosdy (tengah) bersama barisan Exco kerajaan negeri dan orang ramai yang hadir dalam Majlis Pecah Tanah STR Felda Pahang di Jengka 14, pada Isnin.
A
A
A

JENGKA - Kerajaan Pahang mengakui terdapat kawasan mempunyai unsur nadir bumi lempung, Jerapan Ion (IAC-REE) di negeri tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagaimanapun jumlah sebenar yang ada belum dapat disahkan setakat ini.

"Kita harus kaji dan teliti perkara ini kerana ia melibatkan kawasan hutan simpan dan sebagainya," katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Skim Tanah Rakyat (STR) Felda Pahang di Jengka 14 di sini pada Isnin.

Terdahulu media melaporkan terdapat 10 negeri termasuk Pahang membabitkan 29 kawasan yang mempunyai unsur nadir bumi Lempung Jerapan Ion (IAC-REE) dianggarkan berjumlah 16.1 juta tan metrik dengan nilai pasaran RM810 bilion.

Sementara itu, mengulas mengenai program STR, Wan Rosdy berkata, sebanyak 18 kawasan terlibat membabitkan 10 di Mempaga dan empat kawasan masing-masing di Jengka dan Kuantan.

Jelasnya, kewujudan skim itu diharap dapat menyelesaikan masalah perumahan untuk generasi kedua dan seterusnya.

Wan Rosdy menyempurnakan simbolik Majlis Pecah Tanah STR Felda Pahang di Jengka 14. pada Isnin.
Wan Rosdy menyempurnakan simbolik Majlis Pecah Tanah STR Felda Pahang di Jengka 14. pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

"Pakej kita hari ini adalah MyAngkasa yang turut hadir di mana ia berikan peluang kepada mereka yang bekerja sendiri tetapi tidak mempunyai slip gaji untuk membuat pinjaman.

"Skim Perumahan MyAngkasa terbahagi kepada beberapa skim bermula RM80,000 sehingga RM220,000 ini memberi peluang kepada golongan muda untuk membuat rumah mengikut kemampuan masing-masing," tambahnya lagi.

Katanya, ia juga satu skim yang istimewa kerana selalunya jika hendak membuat rumah perlu memiliki slip gaji.

"Tapi ini tidak payah, hanya memerlukan sokongan orang yang berpengaruh di tempat masing-masing seperti ketua kampung atau penghulu yang dapat mengesahkan mereka bekerja," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!