Tukang sapu dipenjara lima tahun, denda RM20,000

Tertuduh (baju putih) dijatuhi hukuman lima tahun penjara dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian dalam kejadian di Lukut, kira-kira dua tahun lalu.
Tertuduh (baju putih) dijatuhi hukuman lima tahun penjara dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian dalam kejadian di Lukut, kira-kira dua tahun lalu.
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang tukang sapu dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian dalam kejadian di Lukut, kira-kira dua tahun lalu.

Tertuduh, G Khishen Kumar, 23, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Uthman Abd Ghani.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika dia gagal membayar denda tersebut, selain lesen memandunya digantung selama lima tahun.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati memandu kenderaan di atas jalan raya dengan cara setelah mengambil kira tentang segala hal keadaan adalah merbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian ke atas seorang lelaki warga emas.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 29 Jun 2022, lebih kurang jam 10.35 malam di Kilometer 5 Jalan Seremban dalam daerah Port Dickson.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 10 dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM50,000.

Selain itu, hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal, manakala tertuduh diwakili peguam dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan,Fatin Nur Athirah Zainudin.

Nadia Ezzati sebelum itu memaklumkan kepada mahkamah status representasi tertuduh diterima dan pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Tertuduh pada 5 April tahun lalu telah dituduh bawah Seksyen 44(1) APJ 1987 kerana memandu bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian tetapi tidak mengaku salah.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh memandu secara laju dan melulu akibat pengaruh alkohol dari arah Lukut menghala ke Port Dickson sebelum gagal kawal kenderaan dan melanggar motosikal ditunggang lelaki berusia 68 tahun di lorong sama hingga menyebabkan mangsa maut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!