Siti Nur Athirah dipenjara 30 tahun mengaku bunuh Siti Nur Surya

Laporan Sinar Harian. Nur Athirah (kanan).
Laporan Sinar Harian. Nur Athirah (kanan).
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi di sini menjatuhi hukuman penjara selama 30 tahun terhadap seorang wanita selepas mengaku bersalah membunuh rakannya dalam kejadian empat tahun lalu.

Hakim, Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan hukuman itu selepas tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 23, yang merupakan bekas pelajar Tingkatan Enam membuat pengakuan tersebut pada Selasa.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, di sebuah rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong, Hulu Terengganu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi pada 1 November 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun.

Wanita itu juga berdepan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh ditangkap pada 2 November 2020.

Tertuduh diberikan hukuman pemenjaraan berdasarkan kepada pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris sementara tertuduh diwakili peguam, Azura Ghazali.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan ditemukan mati dipercayai dibunuh dengan beberapa kesan tikaman pada bahagian badan.

Mangsa yang turut putus pergelangan tangan kiri dijumpai dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah oleh adiknya yang ketika itu baru pulang dari sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ibu masih tidak tahu Siti Nur Surya dibunuh

Remaja jaga ibu sakit maut dipercayai dibunuh

[VIDEO] Bapa harap pembunuh Siti Nur Surya terima balasan setimpal

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!