KPM kekal iktiraf sekolah vernakular - Fadhlina

Fadhlina ketika sidang akhbar selepas melawat Sekolah Kebangsaan Saujana Putra, Hulu Langat sempena pembukaan sesi akademik 2024/2015 pada Isnin.
Fadhlina ketika sidang akhbar selepas melawat Sekolah Kebangsaan Saujana Putra, Hulu Langat sempena pembukaan sesi akademik 2024/2015 pada Isnin.
A
A
A

KUALA LANGAT - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kekal mengiktiraf sekolah vernakular dalam kerangka pendidikan kebangsaan sekali gus memperkasakan Akta Pendidikan 1996.

Walau bagaimanapun Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya mengambil maklum gesaan sesetengah pihak untuk mengkaji semula sistem pendidikan vernakular.

"Kita mendengar pandangan tersebut (gesaan mengkaji semula sistem vernakular) tetapi untuk hari ini, pendirian KPM adalah untuk berdiri teguh dan memperkukuhkan Akta Pendidikan (1996).

"Sekolah vernakular diiktiraf oleh akta berkenaan dan kita akan teruskan dengan pendirian tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Sekolah Kebangsaan Saujana Putra sempena pembukaan sesi akademik 2014/2025 di sini, pada Isnin.

Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh dilapor menggesa kerajaan untuk menilai semula sistem pendidikan vernakular termasuk aspek keselarasan silibus, penerapan nilai kenegaraan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Dalam pada itu Fadhlina menegaskan, KPM mempunyai perancangan untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan.

"Itu semestinya agenda besar dan saya fikir dalam kedudukan hari ini, bahasa kebangsaan masih menjadi keutamaan.

"Komitmen kita juga adalah memperkukuhkan bahasa Inggeris," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline KPM kekal iktiraf sekolah vernakular - Fadhlina BULETIN TIKTOK 11 MAC 2024 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kekal mengiktiraf sekolah vernakular dalam kerangka pendidikan kebangsaan sekali gus memperkasakan Akta Pendidikan 1996. Bagaimanapun Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya mengambil maklum gesaan sesetengah pihak untuk mengkaji semula sistem pendidikan vernakular. Muzik: Night Rider 87-The Verge dari Artlist.co #SinarHarian#BuletinTikTok#SekolahVernakular#KementerianPendidikanMalaysia#FadhlinaSidek original sound - Sinar Harian