Kapal bawa bantuan ke Gaza mula belayar

Kapal Open Arms milik NGO Sepanyol ketika berlabuh di Larnaca sebelum meneruskan perjalanan ke Semenanjung Gaza membawa bantuan kemanusiaan. Foto REUTERS
Kapal Open Arms milik NGO Sepanyol ketika berlabuh di Larnaca sebelum meneruskan perjalanan ke Semenanjung Gaza membawa bantuan kemanusiaan. Foto REUTERS
A
A
A

LARNACA - Kapal membawa bantuan kemanusiaan akan belayar minggu ini menuju ke Gaza.

Kapal Sepanyol, Open Arms dijadual berlepas dari Cyprus, negara Eropah paling dekat dengan Gaza.

Ia akan menggunakan laluan maritim baharu yang dibuka.

Dengan ketiadaan pelabuhan yang berfungsi dan air yang cetek, masih belum jelas di mana kapal berkenaan akan berlabuh sebaik ia tiba di Gaza.

Open Arms, milik badan kebajikan Sepanyol, dijadual tiba di Gaza dalam beberapa hari lagi.

Ia berlabuh di Larnaca tiga minggu lalu untuk mengisi bekalan keperluan dari badan kebajikan Amerika Syarikat (AS), World Central Kitchen.

Perjalanan Open Arms dijadual sejauh 216 batu nautika, disifatkan operasi paling sukar.

Pasukan World Central Kitchen dilapor sudah membina jeti kecil untuk menerima bantuan itu.

Artikel Berkaitan:

World Central Kitchen dilaporkan membuka 60 dapur bantuan di seluruh Gaza.

Pembukaan koridor maritim diumumkan pada Sabtu oleh Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.

Ia menyusul pengumuman Presiden Joe Biden untuk membina pelabuhan sementara di Gaza bagi membolehkan kemasukan bantuan menerusi jalan laut. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!