Pereka fesyen tempatan 'mendunia', pamer koleksi di Paris Fashion Week

Mohd Zamruni (dua dari kanan) bersama Khoon Hooi (dua dari kiri) di Paris. Astro Awani
Mohd Zamruni (dua dari kanan) bersama Khoon Hooi (dua dari kiri) di Paris. Astro Awani
A
A
A

PARIS - Pereka fesyen tempatan, Khoon Hooi mempamerkan koleksi Autumn/Winter 2024 di Minggu Fesyen Paris bermula 29 Februari 2024 sehingga 3 Mac 2024.

Menurut Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Mohd Zamruni Khalid, ia menunjukkan keupayaan pereka fesyen Malaysia menembusi pasaran fesyen di Paris yang terkenal dengan jolokan Ibu Kota Fesyen.

"Ini menunjukkan bahawa anak Malaysia juga berupaya untuk menunjukkan kobolehan mereka dan kapasiti menembusi pasaran fesyen di Perancis.

"Jadi untuk itu saya sarankan pereka-pereka tempatan yang datang ke Paris untuk hubungi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), supaya kita dapat bekerjasama menjalankan cita cita ini," tambahnya.

Menurut perekanya Khoon Hooi, ini merupakan tahun yang ke-14 memasuki dunia fesyen di Paris dan telah mendapat sambutan yang amat baik dari pembeli dari Eropah, Asia dan Timur Tengah.

"Pasaran di sini amat memberangsangkan terutamanya jenama Malaysia.

"Saya rasa budaya kita sangat kaya, apabila membentangkan reka bentuk ke negara Eropah, ia akan membuka minda mereka tentang keunikan negara kita," tambahnya lagi.

Khoon Hooi akan bekerjasama dengan pejabat Matrade di Paris untuk mengukuhkan lagi promosi jenamanya ke prospek pembeli dari seluruh dunia melalui Paris. - Awani

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28