Shopee dedah trend fesyen raya 2024

Tangkap layar hasil kajian Raya Stail Kita oleh Shopee pada Khamis.
Tangkap layar hasil kajian Raya Stail Kita oleh Shopee pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Platform e-dagang, Shopee mendedahkan hasil kajian Raya Stail Kita yang meninjau keutamaan dan pemilihan membeli-belah rakyat Malaysia pada musim Ramadan serta raya ini.

Shopee dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, hasil tinjauan terhadap lebih 1,000 pembeli dalam talian itu menunjukkan majoriti rakyat Malaysia membeli-belah pakaian raya untuk sedondon dengan seluruh keluarga.

“Dalam kumpulan ini, 50 peratus mahu pakaian sedondon warna, 16 peratus secara selesa dan praktikal untuk sesuatu majlis, 14 peratus dari segi fabrik, jenama atau tema untuk dipakai manakala 12 peratus lagi memilih mengikut trend 2024.

“Minoriti lapan peratus daripada pembeli memilih untuk tidak bersedondon dengan keluarga apabila mereka memberli-belah dalam talian,” katanya.

Shopee berkata, apabila ditanya mengenai motivasi dalam memilih pakaian raya di platform itu, separuh responden cenderung memilih baju raya berdasarkan agama dan tradisi budaya.

Menurutnya, satu pertiga daripada responden mencari penjual Shopee yang menawarkan pilihan meluas merangkumi baju kebaya, baju kurung dan baju Melayu dalam pelbagai fabrik serta corak manakala dua daripada 10 memilih pakaian moden selari dengan trend terkini.

“Lebih 50 peratus rakyat Malaysia memilih kain kapas sebagai fabrik pilihan diikuti sutera (20 peratus) serta songket (15 peratus) dan minoriti memilih kain brocade dan organza.

“Warna yang paling banyak dicari pula adalah tona neutral (50 peratus) diikuti warna terang seperti merah, jingga dan kuning keemasan (30 peratus) kemudian hijau gelap serta ungu (20 peratus).

Artikel Berkaitan:

“Baju paling popular pula adalah kain kapas dalam tona neutral malah hasil tinjauan juga mendapati 90 peratus akan memakai baju raya mereka beberapa kali sepanjang tahun,” ujarnya.

Tambah Shopee, selain fesyen, majoriti responden turut mengutamakan produk kecantikan dan kosmetik yang mempunyai faedah produk iaitu sebanyak 40 peratus diikuti kesetiaan jenama (30 peratus) dan penjagaan kulit terkini (20 peratus).

“70 peratus percaya akan cadangan pempengaruh kecantikan dan pakar sementara 30 peratus membuat pilihan sendiri

“Apabila ditanya tentang ciri platform Shopee yang meningkatkan pengalaman membeli-belah, 60 peratus rakyat Malaysia yang ditinjau berbelanja bijak dengan diskaun dan promosi eksklusif semasa kempen #RayaBersamaShopee.

“30 peratus memilih untuk membeli di Shopee kerana adanya pilihan produk yang pelbagai dan meluas dan mudah untuk mencari produk penjual, sementara 10 peratus percaya dengan khidmat pelanggan yang mesra pengguna serta kebolehan strim langsung,” katanya lagi.