24 individu penyebab kebakaran di New South Wales ditahan

Polis Australia menahan 24 individu yang didakwa sengaja memulakan kebakaran di New South Wales.
Polis Australia menahan 24 individu yang didakwa sengaja memulakan kebakaran di New South Wales.
A
A
A

AUSTRALIA - Polis Australia menahan 24 individu yang didakwa menyebabkan berlaku kebakaran di New South Wales.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Polis New South Wales, seramai 183 individu telah diambil tindakan undang-undang atas dakwaan menyebabkan kebakaran sejak 8 November lalu, lapor CNN yang memetik sumber.

Daripada jumlah tersebut, seramai 53 orang telah menerima amaran dan pertuduhan jenayah kerana tidak mematuhi peraturan kebakaran manakala 47 orang telah didakwa atas kesalahan membuang rokok.

“Sekurang-kurangnya 24 orang telah maut akibat kebakaran yang melanda di seluruh negara namun New South Wales merupakan kawasan yang paling teruk terbakar dan sukar dipadamkan.

“Hampir setengah bilion haiwan telah terjejas akibat kebakaran di New South Wales dan berjuta-juta di antara mereka berisiko terkorban dalam kebakaran tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, pihak polis juga telah mendakwa seorang lelaki selepas menggunakan alat kuasa yang boleh mencetuskan kebakaran di Gunung Druit.

Terdahulu, Perkhidmatan Kebakaran Luar Bandar New South Wales telah menahan seorang anggota sukarelawan berusia 19 tahun kerana disyaki membakar serta didakwa dengan tujuh tuduhan kerana sengaja menimbulkan kebakaran selama tempoh enam minggu.

Artikel Berkaitan: