Pecah rekod ambil 217 kali vaksin Covid-19

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

BERLIN - Seorang warga emas di Jerman telah melangkaui nasihat perubatan selepas dia menerima suntikan vaksin Covid-19 sebanyak 217 kali.

Kes pelik tapi benar itu direkodkan menerusi jurnal The Lancet Infectious Diseases.

"Pemberian vaksin itu diberikan 'secara rahsia' dalam tempoh 29 bulan.

"Paling menakjubkan lelaki berusia 62 tahun itu tidak mengalami sebarang kesan buruk akibat pengambilan suntikan melebihi dos biasa," ujar penyelidik di University of Erlangen-Nuremberg.

Dr Kilian Schober dari jabatan mikrobiologi di universiti itu mendedahkan, mereka mengetahui tentang kes itu melalui artikel dipaparkan akhbar.

"Kami kemudiannya menghubungi individu tersebut dan melakukan beberapa ujian terhadapnya di Erlangen.

"Dia juga begitu teruja untuk jadi 'bahan uji kaji," jelasnya sambil menambah lelaki itu memberikan sampel darah dan air liur untuk kajian lanjut.

Selain itu, penyelidik turut menguji sampel darah beku miliknya yang disimpan beberapa tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Kami dapat menggunakan sampel berkenaan untuk menentukan dengan tepat bagaimana sistem imun bertindak balas dengan vaksinasi.

"Kami juga terkejut kerana dia tidak pernah positif Covid-19," kata Schober.

Difahamkan, bukti untuk 130 suntikan telah dikumpulkan oleh pendakwa raya awam di bandar Magdeburg yang membuka siasatan terhadap dakwaan kes penipuan, namun tiada tuduhan jenayah difailkan setakat ini. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28