Tindakan pantas polis bantu pasangan suami isteri sambut kelahiran

Anggota polis membantu mengiringi seorang ibu mengandung dan kenderaan polis mengiringi sebuah kereta yang dinaiki ibu mengandung ke Hospital Sungai Buloh di sini pada Ahad.
Anggota polis membantu mengiringi seorang ibu mengandung dan kenderaan polis mengiringi sebuah kereta yang dinaiki ibu mengandung ke Hospital Sungai Buloh di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan pantas dua anggota polis trafik yang mengiringi sepasang suami isteri ke hospital membantu pasangan itu menyambut kelahiran anak mereka dengan selamat pada Ahad.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri berkata, rondaan dijalankan pada jam 7.45 petang oleh petugas peronda lebuh raya (EMPV) yang bertugas di Zon Tengah A1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sini.

"Sebaik tiba di Kilometer 440 Lebuhraya Utara-Selatan, kenderaan polis dinaiki Koperal Mohd Firdaus Alias, Koperal Fadrizul Rosli dan Lans Koperal Muhammad Yusuf mendapati sebuah kenderaan jenis Volkswagen Passat berwarna putih menggunakan lorong kecemasan.

"Anggota bertugas kemudiannya bertindak mengekori sebelum menahan kenderaan terbabit untuk tujuan pemeriksaan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, pemandu kenderaan berkenaan memaklumkan bahawa isterinya hendak bersalin dan dalam perjalanan menuju ke Hospital Sungai Buloh.

"Anggota bertugas kemudiannya mengambil keputusan untuk memberi bantuan untuk mengiringi kenderaan itu menuju ke hospital.

"Kenderaan dinaiki pasangan suami isteri itu diiringi dengan selamat oleh kenderaan polis sehingga menuju ke wad bersalin hospital berkenaan," katanya.

Menurutnya, tanggungjawab polis bukan sekadar memastikan pematuhan undang-undang namun melibatkan keselamatan pengguna itu sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Keprihatinan dan keselamatan masyarakat khususnya pengguna lebuh raya sebtiasa menjadi keutamaan pihak polis terutamanya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!