Suspek bunuh suami isteri akibat berebut harta direman tujuh hari

Laporan Sinar Harian pada 5 Mac lepas.
Laporan Sinar Harian pada 5 Mac lepas.
A
A
A

MANJUNG - Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes bunuh suami isteri di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis di sini pada Selasa, direman tujuh hari sehingga 12 Mac depan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 61 tahun itu dikeluarkan Majistret T Kavita di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini pada Rabu.

Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Warga emas terbabit berjaya ditahan selepas polis menerima maklumat kejadian itu pada jam 3.30 petang.

Sinar Harian melaporkan, mayat suami isteri masing-masing berusia 74 tahun dijumpai dalam kebun dengan kecederaan di kepala dan muka kesan dilibas dengan sabit sawit.

Siasatan dijalankan mendapati, telah berlaku pertengkaran antara suspek dengan kedua-dua mangsa sebelum kejadian.

Pertengkaran bersama suspek yang merupakan adik kepada suami itu dikatakan berpunca daripada perebutan harta tanah kebun.

Artikel Berkaitan: