Dulu niaga guna basikal roda tiga, kini ada kedai pastri

Aizulhazriq menunjukkan pastri yang dihasilkan dan dijual di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh Melaka.
Aizulhazriq menunjukkan pastri yang dihasilkan dan dijual di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh Melaka.
A
A
A

MELAKA - Seorang anak muda sanggup mengambil cabaran mengusahakan pembuatan roti dan pastri yang dinamakan Artesera Bakery di negeri ini selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu.

Anak ketiga daripada empat beradik Aizulhazriq Fuad, 31, atau lebih mesra dengan panggilan 'Atoi' berkata, sejak pandemik Covid-19 dia berada di Singapura dan bekerja di sebuah kedai roti.

Namun menurutnya, selepas pintu sempadan negara dibuka, dia terus mengambil keputusan meninggalkan negara itu dan kemudian seorang diri merantau di Melaka untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Katanya, berbekalkan wang simpanan bekerja dalam bidang perhotelan di Johor dan negara jiran, dia memberanikan diri mengusahakan perniagaan itu dengan menyewa rumah kedai di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh tanpa membuat sebarang pinjaman.

"Di rumah kedai itulah bermula segalanya, di situ tempat saya menginap dan di situ seawal pagi saya akan memulakan pembuatan roti seorang diri.

"Selepas itu dari tempat sewa saya akan membawa roti jualan menggunakan basikal roda tiga ke kawasan lapang Melaka Corporation," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, pada Isnin.

Pelbagai jenis pastri yang dijual di kedainya.
Pelbagai jenis pastri yang dijual di kedainya.

Artikel Berkaitan:

Tambah anak kelahiran Muar, Johor ini dengan berkonsepkan basikal roda tiga dia memperkenalkan pelbagai aneka pastri antaranya butter croissant, almond croissant, pain au chocolat Mornay sauce and chicken ham Mackerel otah dan hazelnut whipped ganache timber.

Ujarnya, turut mengakui berdepan dengan kenaikan bahan mentah seperti tepung, telur dan marjerin, namun masih meletakkan harga berpatutan bermula dari RM8 hingga RM13.

Katanya, selepas 10 bulan menolak basikal roda tiga, akhirnya dia membuat keputusan untuk menjual di depan tempat sewanya iaitu di Taman Tasik Utama.

Aizulhazriq (dua dari kiri) ketika sedang melayan pelanggan yang datang ke Artesera Bakery di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.
Aizulhazriq (dua dari kiri) ketika sedang melayan pelanggan yang datang ke Artesera Bakery di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.

"Jadi saya lebih mudah nak membuat roti, membakar adunan, menyiapkan doh serta mempamerkan produk jualan.

"Dari 100 lebih kini saya boleh menghasilkan kira-kira 200 pastri setiap hari dibantu seorang pekerja," katanya lagi.

Tambahnya, berusaha untuk menjaga kualiti produk yang dihasilkan dengan menggunakan bahan mentah premium supaya semua golongan mampu untuk membeli pastri yang kebiasaan di jual di kedai roti terkemuka.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28