DBKL potong pintu jeriji halang laluan pejalan kaki

DBKL mengambil tindakan memotong pintu jeriji yang menghalang laluan pejalan kaki di laluan koridor awam di Flat Wangsa Maju Seksyen 2 pada Isnin.
DBKL mengambil tindakan memotong pintu jeriji yang menghalang laluan pejalan kaki di laluan koridor awam di Flat Wangsa Maju Seksyen 2 pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan memotong pintu jeriji yang menghalang laluan pejalan kaki di laluan koridor awam di Flat Wangsa Maju Seksyen 2 di sini pada Isnin.

Tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan selepas tiada tindakan diambil susulan arahan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan itu kepada pihak terbabit pada 13 Januari lalu.

DBKL menerusi Jabatan Penguatkuasaan DBKL pada Isnin turut memuat naik video sekitar operasi bersepadu yang dilaksanakan di flat berkenaan yang bermula sekitar jam 10 pagi.

Sebelum ini tular gambar keadaan laluan pejalan kaki dipasang jeriji dengan sekurang-kurangnya satu pintu dipasang di setiap tingkat pada bangunan empat tingkat ini.
Sebelum ini tular gambar keadaan laluan pejalan kaki dipasang jeriji dengan sekurang-kurangnya satu pintu dipasang di setiap tingkat pada bangunan empat tingkat ini.

"Video sekitar tindakan bersepadu memotong pintu jeriji di laluan koridor awam oleh DBKL ini dijalankan di Seksyen 2, Wangsa Maju pada Isnin jam 10 pagi," kongsi jabatan itu di laman Facebooknya pada Isnin.

Pada 13 Januari lalu, DBKL mengarahkan pengurusan Flat Wangsa Maju Seksyen 2 mengambil tindakan berhubung aduan pemasangan pintu jeriji yang menghalang laluan pejalan kaki.

Menurut DBKL menerusi kenyataan itu, surat arahan tersebut dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan DBKL melalui Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur (COBKL) pada Selasa.

Kenyataan itu turut menjelaskan, penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa pihak pengurusan bangunan selaras dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, tular gambar keadaan laluan pejalan kaki dipasang jeriji dengan sekurang-kurangnya satu pintu dipasang di setiap tingkat pada bangunan empat tingkat itu.